nuffnang adds

Tuesday 21 July 2015

Raya.(Boring betul tajuk)

Assalamualaikum!

Hari ni Syawal ke 5.Dah 5 hari Ramadhan pergi.Hopefully Allah menerima segala amalan kita dan kita terus bersemangat untuk kekalkan momentum beramal!Hah lama gila tak kemaskini (lol skema.lollll) blog ni.Kekdahnya aku boleh terlupa pula dekat mana aku simpan laptop.Lagi best aku tak rasa pulak nak cari so yeah.Baru aku faham kenapa website dinamakan sebagai website,yakni laman sesawang.Dengan adanya orang2 macam aku yang malas update blog ni makanya bersawanglah laman ni.Blog bersawang tak pe tak de sapa nak marah.Kalau laman rumah yang bersawang hah memang la aku kena kejar dengan mak aku haha.

Hari tu aku borak dengan adik girl aku,Cik Pah.Borak2 berkenaan perihal raya amboih ayat.Adik aku ada kata macam ni,"Akak perasan tak,setiap tahun orang tanya,meriah tak raya tahun ni?Pastu jawapan pulak sama je.Tak semeriah tahun lepas.Padahal tiap2 tahun kalau orang tanya memang itu je jawapannya;tak semeriah tahun lepas."

Maknanya apa.Raya tak pernah meriah pun haha.

Tapi bila kita kata meriah,benda ni subjektif tau.Lain orang lain penghayatan rasa meriah tu.Macam adik girl aku dia rasa raya tahun ni tak meriah sebab baju raya dia tahun ni tak sebanyak yang tahun lepas haha.So benda tu effect kemeriahan dia.Macam aku sendiri tahun ni rasa tak semeriah tahun lepas sebab tahun ni tak keluar beraya ke mana pun.Cuti raya pendek kan sebab adik2 punya sekolah bukak awal pulak hesh.Geram aku dengan pihak sekolah cewah.Jadi singkat je cuti raya so tak sempat nak ke mana pun.Tapi alhamdulillah still ada kampung yang indah permai,masih berpeluang untuk bajet-bajet merasa tertekan dek kerana jam kereta yang melampau.

Adik2 boy aku pula rasa tak meriah sebab tahun ni diaorang exam UPSR dan SPM so sad haha.

Tapi apa pun aku suka juga la beberapa tradisi melayu berkaitan dengan raya walaupun benda tu mitos gila sungguh lah haha.Salah satunya ialah tempoh berhari raya adalah selama 30 hari.Mentang-mentang puasa sebulan di bulan Ramadhan,tatkala Syawal datang menjelma kita balun juga raya selama sebulan.Dari sudut fiqhnya memang merepek sebab ye lah raya sehari dah cukup dah.

Walaubagaimanapun adat berziarah saudara mara dan rakan taulan sewaktu hari raya memang tak dapat nak cover dalam masa satu hari.Ramai kan...Aku suka budaya ni sebab ia merupakan satu budaya yang sangat baik.Masa raya lah boleh ambil peluang untuk duduk-duduk dengan sedara semua sambil study susur galur keturunan kan.Lepas sembang2 tu baru tau rupanya jiran lorong belakang kat taman perumahan kau sebenarnya dua pupu kepada pak cik kau sebelah bapa.Possible je kan untuk reconnect mana2 connection yang agak2 kabur tu hehe.Lepas tu time raya lah yang biasanya naluri akan tergerak untuk nak cari semula kawan2 yang dah lost contact.

Maklumlah dalam masa setahun macam2 boleh jadi.Tukar phone sploh kali,sim card jatuh dalam longkang dan pelbagai lagi kes yang tak dapat nak dinyatakan.Yang si kawan pula terasa hati sebab dah lama tak dihubungi.(Dia pulak tak menghubungi kenapa kehkeh)Dia tak tau yang kawannya tu ada masalah seperti yang di atas.Nak jumpa masing2 sibuk pastu memendam lah rasa sorang2.Bila raya tiba,baru lah berjumpa dan dijelaskan hal yang sebenar.Settle.Haaa best kan gitu?

Kadang2 kita tak boleh terlalu melampau sangat sampai semua benda nak dibida'ahkannya.Semua benda tak boleh.Benda ni nabi tak buat,benda tu tak ada dalam hadis etc.Kalau perkara2 yang baik dan bermanfaat walaupun tak digariskan secara khusus dalam Islam tak salah pun untuk kita buat,selagi mana kita tau membezakan antara yang sunnah dan yang adat dan hukum hakam.

Sebagai contoh,mengadakan open house pada raya ke 16 walaupun kau tahu raya patutnya sehari je.Jangan lah diserang pulak tuan rumah sebab tak ada hadis yang mention pasal wujudnya raya ke 16.Niat tuan rumah tu dah murni dah.Buat open house untuk bersilaturrahim,jamu orang makan.Kan banyak pahala tu.Yang datang open house boleh niat ziarah,yang buat open house boleh niat sedeqah.Think positive,mungkin masa raya ke 16 je yang dia free kan?Adat yang baik kalau diniatkan kerana Allah akan jadi ibadat insyaAllah. :)

So let us be smart.Tak rugi buat benda baik.Jangan disempitkan skop kebaikan kepada apa yang dinyatakan dalam skema jawapan kertas PSI atau PQS je.Syadid melulu boleh membawa maut kalau kau nak tau sebab kau stress melampau memikirkan macam mana cara nak menyelamatkan ummah untuk membendung semua ni haha.Wassalam.

Taqabbalallahuminna waminkum.
Minta maaf salah silap.
Salam Aidilfitri.
Lek lek je ok? :)

Friday 19 June 2015

Ramadhan dan Aku.

Assalamualaikum!

Alhamdulillah hari ni dah masuk ramadhan yang ke 3,menandakan sudah 3 hari aku berada dekat Malaysia.It's such a blessing to wake up in the morning and your mom is there!awww.Rindu weyh dekat family.Rindu Bandar Baru Bangi yang dah mula sesak terutama sekali area seksyen 7 yang asyik jam tu,rindu rumah,rindu bilik aku yang temanya kelabu dan putih(serius sampai hari ni aku tak paham kena aku pilih kombinasi tu.kini timbul pula rasa penyesalan.rasa sendu je bilik ni huh -,-),rindu dapur umi yang peralatan memasaknya serba lengkap dan lebih terkini cewah(haha.oven rumah sewa kat mesir tu kena cucuh api.sungguh tradisional bukan?) Seronok jugak masa sampai2 je kat KLIA abah aku kata,"Alhamdulillah,lengkap dah family abah sekarang."

So untuk ramadhan kali ni,aku meletakkan beberapa aim dan target.semestinya yang aku mampu buat dan logik untuk dicapai.Honestly setiap ramadhan yang dilalui tu ada maknanya yang tersendiri.Dia macam bertema pulak.Untuk aku la untuk orang lain aku tak sure hihi.

Kalau before this mungkinlah fokus aku lebih kepada menambah amal yang kuantitinya banyak betul.Tapi aku rasa teknik tu tak kena dengan aku sebab aku tak mampu nak istiqamah dengan amalan yang begitu banyok itu.Dia cuma akan jadi amal ramadhan je,bukan amal yang nak diamalkan terus sebab cuma masa bulan ramadhan je semua tu mampu di accomplished.Jadi setelah berbincang dengan diri sendiri dan aku pun consider tahap kemampuan diri yang terbatas ni,fokus aku mungkin bertukar skit tahun ni.

Aku meletakkan sasaran bahawa ramadhan akan menjadi turning point untuk tambah amal yang bilangannya logik untuk aku teruskan walaupun ramadhan dah berakhir,(wajib bertambah berbanding bulan sebelum2 ni)dan tinggalkan one by one habit2 aku yang tak senonoh itu.Dengan cara ni aku rasa aku tak lah terlalu mendesak diri untuk capai piawaian yang mengarut!Bila letak benchmark tinggi sangat,takut tak tercapai.Lepas tu mula lah buat sambil lewa pastu tak buat langsung dah.Na'uzubillah.

Tema ramadhan aku kali ni simple jeh,istiqamah.Istiqamah dengan kuantiti baru amal yang ditambah dan istiqamah meninggalkan akhlak buruk yang nak disingkirkan.Ye la improvement dari segi kuantiti amal tu memang perlu,tapi kalau dah naik kereta dari gear satu terus masuk ke gear lima tak ke jahanam rosak gearbox kereta tu??

Ramadhan kali ni jugak aku nak ambil peluang untuk hidupkan semula sense2 aku yang mungkin dah berkurangan atau hilang terus.Sense of humour je kena kurangkan lol.Nak banyakkan membantu orang,nak murahkan senyuman,(dekat lelaki khususnya.ala tipu je kau nihh)dan banyak lagi lah.Tapi yang paling utama sekali,nak kurangkan bilangan orang yang aku tak suka.Tak nak mudah rasa tak suka dekat orang.Eleh kau pun mesti ada kan orang yang tak digemari yang rasa nausea bila bertemu?ceh over.

Ye la tak syok kan bila dalam hidup kita ni ada golongan kiri dan kanan.Kan tak baik tu bila ada orang yang kita tak suka.Bahaya sebenarnya bila mudah ada rasa tak suka pada orang.Hati ada sakit maa.Dosa!Sebenarnya bila kita tak suka seseorang,mesti sebab kita tak suka something yang dia buat kat kita kan/ada habit dia yang kita tak gemar which is itu adalah kelemahan dia.Kita tak suka seseorang sebab kita terta'aruf dengan kelemahan dia dulu,baru dengan kebaikan dia.Sebab tu susah nak terima.Sobs.Cuba kalau kita kenal seseorang dengan kebaikan dia dulu.Bila tau kelemahan dia kita mesti cam alaaa manusia kan ada kelemahan.boleh je terima kan?

Tapi kalau kita kenal kelemahan dia baru kebaikan dia,terus tak boleh terima apa pun benda baik yang dia buat kan.Ish jahatnya.Macam dah baik sangat je diri itu.Tak pe,improve improve.Yang penting sebenarnya bukanlah isu kenal baik dulu ke kenal buruk dulu ke,tapi sejauh mana kita boleh menerima seseorang tu seadanya.Tak perlu nak expect power2 sangat dari orang dan jangan terlalu mudah menilai orang seolah-olah kita ini tak ada langsung kelemahan.Kita sendiri ada kelemahan yang mungkin orang tak suka,jangan lupa tu!Kita pun tau kan fitrah manusia tu ada kelemahan dan kelebihan.So raikanlah diversity tu!Saling bekerjasama untuk overcome dan improve kekurangan masing2.Itulah namanya ta'awanu alal birri wattaqwa.Bantu membantu ke arah perkara kebajikan dan taqwa.

Ruang untuk improve diri tu sentiasa ada.Kalau tak ambil peluang tu,memang sampai bila-bila la melekat perangai yang tak baik kan.Kadang2 tu kita stay dengan perangai buruk kita sebab kita tak perasan yang kita ada perangai buruk tu atau kita tak perasan yang,''Oh itu perangai buruk rupanya."So mintak la tolong sesapa untuk jadi cermin kita.Kalau kita salah ada orang boleh tolong tegur.Bila kita dah sedar,then move!

Minta maaf salah silap.Ikhlas ni.(hoi ikhlas kan tak boleh declare)Kosong-kosong! *wink2.

Forever an improving person,
Haifa Khalysaa.
Bangi,Mesia.

Thursday 4 June 2015

Telan je la! -Part 2

Assalamualaikum!

Ok this post berkesinambungan daripada yang the 1st part punya so,no intro.Terus zassss,okeng?hek.

                                                                        *****

Wallahi I've learned so many things from it despite all those painful I had to bear but yeah langit pun tak selalu cerah kan.Lek ah.Guruh petir sabung menyabung yang begitu menakutkan,langit pun gloomy pastu hujan.Before hujan kena kutip baju dulu haha.Tapi habis je hujan ada pelangiiii.See,smart en sunnatullah?Pelangi terbit setelah hujan tu memang klise la aku mengaku jugak tu tapi tu la,disebabkan kesombongan itulah yang bikin tebal ego dalam diri kita,pastu tak nak tenung alam lantas menginsafinya gituh.Rasa macam bagus sangat je diri tuh sobs.Kalau kita tadabbur jap alam sekitar ni sebenarnya banyak sangat benda yang boleh kita belajar untuk implement dalam life tau.Big thing,very the big la.

Cara nak dapat feel bila tengok alam ni bro satu je syarat dia;rendah hati.Buang rasa sombong,buang rasa ego.Buka mata,tatap langit dan besarkan hati.Woah that feeling! :'3

Tak semua benda yang kita nak kita akan dapat melalui cara yang kita nak,nope.Nehi.Kadang tu ye lah,things that come in our life membuatkan kita asyik nak bandingkan dengan life orang lain,which is not good.Mulut kata dak aihh mana ada banding banding,but our heart do.En?Ye la aku la tu,tanpa aku sedar pun.

Ada orang yang Allah rezekikan memang sedari bayi lah kata orang,apa yang dia nak/rancang semua dia dapat.Tapi takkan lah disebabkan kita tak dapat apa yang kita nak/rancang terus hilang rasa syukur kan?Seolah macam kita ni lagi tau which is the best for ourselves.Bila jadi perkara ni aku macam takes time jugak untuk be rasional balik.It's ok to take some times as I'm just a normal human.I really really learned macam mana cara untuk kita pandang sesuatu dengan hikmah.Yup,theorically I'm done with that longgg time ago.Tapi masa itulah baru betul-betul start practical and have that genuine feeling.

I was wrong sebab kadang-kadang kita claim kita dah pandang sesuatu tu dengan hikmah.Yes we did,but we took from the negative side.Contohnya laaa contoh,kita nampak ada orang yang dah lama kahwin tapi belum rezeki untuk ada anak.Then 'hikmah' yang come across your mind was "Oh ada hikmah tu.Mungkin kalau dia ada anak anak dia jahat ke apa ke etc." "Oh orang tu tak kahwin lagi sampai sekarang.Mungkin kalau dia kahwin suami/isteri dia jahat ke."Aku tak buat ler contoh tu (tak leh nak fikir contoh apa lagi haha ampun) tapi itu salah satu contohnya.Aku rasa terbanyak kali jugak terbuat.Ye la instead of berfikiran macam tu why not kita fikir pada sudut yang kita boleh rasa betapa baiknya Allah pada kita kan memandangkan Allah memang Ar-Rahman dan Ar-Rahim kan?Mungkin orang tu tak dapat anak/jodoh kat dunia sebab Allah nak bagi anak-anak/jodoh dekat syurga,Kan?

Untuk cerita aku sendiri,awalnya memang aku rasa ralat teruk.Mungkin rasa tak sedap jadi berganda-ganda sebab masa tu aku dah tolak offer matriks masa tu.Then dapat pula offer dari UIA and USIM,again tolak jugak.Minda tak rasional masa tu.Ye la,dapat offer pun bukan kos yang aku nak.Still in science field tapi yang aku tak minat.What to do huhu.Orang lain semua dah nak start daftar kat kampus masing-masing tinggal aku je yang masih tersadai merenung nasib.(Please jangan tiru)

No other choice left melainkan pergi Egypt.Decided by my parents.Stress again haha sebab nak ke sana you've to pay sendiri la.Tapi we were informed that kalau ke sana (sini kot aku tengah menulis kat ijip nih) kalau berjaya dapat result mengikut syarat boleh dapat loan Mara or JPA.Aku masa tu macam blergh what ever it is,aku tak nak pergi Mesir.No.Umi abah insist jugak.Tapi memandangkan aku berpegang pada prinsip "Let my parents decide everything for me" aku akur.Sebelum tu,sebenarnya aku sendiri dah finalizekan decision aku untuk masuk Usim.I told my parents,"I don't mind tak dapat kos yang kita nak.Let me begin my new life there.Masih boleh berjaya.."Umi abah berkeras juga tak bagi.(Ada isu jugak pasal ni masa tu huhu)

Diaorang minta juga aku untuk setuju pergi ke Mesir.Padahal isu dekat Mesir tengah teruk masa tu.Aku pelik sangat kenapa diaorang semangat nak aku ke sana padahal biasanya aku nak pergi Midvalley dengan kawan-kawan pun susassangaddd tau. :3 Tapi aku boleh nampak betapa umi abah nak yang terbaik untuk aku.Rupanya they want me to become a successful dentist walaupun aku minat architecture hahaTak apply pun time upu sebab umi abah object.Tak pe mereka lebih tahu. So ok lah.InsyaAllah this is the best.Redah je laaa.

Again aku diuji lagi.It's too bad to know that Mara dan JPA is no longer available untuk pinjaman.The funniest part is,ianya ditutup bermula daripada tahun aku.Meaning to say,batch tahun sebelum aku sempat la dapat.Terduduk jugak la sebab alhamdulillah result aku lepas sangat untuk apply.Tapi itulah,rezeki Allah kan.He knows best.Abah aku yang banyak berpesan yang betul-betul membuatkan aku mindblown,redha dan bersyukur dengan apa saja yang Allah tetapkan untuk aku.

"Kakak kena ingat.Urusan rezeki,jodoh,ajal semua tu kerja Allah.Akak mungkin rasa terkilan bermula daripada dapat result dulu,then kena pergi Mesir pulak,then Mara JPA tutup pulak.Tapi Allah susun cantik kak.Alhamdulillah akak ada abah yang mampu untuk tanggung pembiayaan akak kat sana.Akak cuba imagine,berapa ramai orang susah kat luar sana yang lagi perlukan semua tu.Yang lagi perlukan tempat dekat IPTA dan scholarship/loan supaya dapat ubah nasib family mereka.Terkecualinya akak daripada kuota IPTA dan scholarship/loan sebenarnya hikmah besar untuk diaorang.Banyakkan bersyukur ye.."-Abah

Aku?Nangeh la palagi. T_T Abah cakap apa pun semuanya bunyi positif je.Serius.Bagi abah,semua tu benda teknikal which is dunya.Kalau tak dapat tak rugi pun.Tapi betul,jangan dikecilkan skop rezeki.Rezeki tu macam macam sebenarnya,termasuk yang kita tak perasan yang sebenarnya itu adalah rezeki.Alhamdulillah aku ada loving parents,mungkin orang lain dah tak ada parents.Aku ada rumah yang selesa untuk tinggal,mungkin orang lain tak ada.Badan sihat tak ada penyakit,orang lain mungkin menunggu turn untuk dibedah.Makan pakai duit semua cukup,orang lain mungkin struggle untuk dapatkan semua tu.Ya Allah..Berdosanya aku.Masakan hanya bersyukur apabila diberi nikmat,bila diuji terus kufur nikmat. T_T nauzubillah.

InsyaAllah sekarang aku lebih positif.Kalau belum,I have to.Banyak dah sebenarnya nikmat yang Allah bagi.Cuma aku je yang tak perasan hihi.Terlupa kejap.Umi abah tak henti-henti doakan yang terbaik untuk aku.InsyaAllah moga Allah makbulkan.

"Ada orang mungkin belum tiba lagi masanya diuji kak.Akak diuji sekarang,ada orang mungkin teruji bila dah kerja nanti,bila dah kahwin nanti.Masa depan kita tak tahu.Apa-apa boleh jadi.Yang penting umi sentiasa doakan yang terbaik untuk akak.Mungkin Allah nak bagi jodoh yang baik untuk akak.So Dia uji dulu.."-Umi

Umi selalu pesan,from now on banyakkan berdoa untuk jodoh yang baik.Rumahtangga pun satu ujian jugak suatu hari nanti,dan umi kata aku kena berdampingan dengan orang yang tepat.Fulamak tak percaya aku umi cakap benda gitu haha.Rasa geli pun ada.Walaupun bukanlah sekarang nak kahwin,tapi tak salah untuk mula berdoa dari sekarang and prepare myself untuk jadi yang lebih baik di mata Allah,umi abah dan siapa-siapa yang berjaya dapatkan aku nanti haha.Maaf bajet eksklusif jap.InsyaAllah lepas habis belajar dah kerja semua I'll work on that pulak.One by one lah hihi.

Hidup ni sebenarnya terlalu banyak perkara untuk kita syukuri.Cuma kita yang terlalu memilih perkara untuk kita bersyukur.Alhamdulillah thummalhamdulillah. :)

Wassalam.larat ye kau baca sampai bawah ni.Jutaan tahniah ku ucapkan.

Tuesday 2 June 2015

Hidup Seorang Haifa-Part 7

Assalamualaikum!

My phone memory is now full,pendrive pun and my lappy also haih.I've no else where to keep some of my pictures with my batchmates which I really really had to delete.Am considering to have a hard disk now.(recommendation needed lekas lekas!)So I keep some at here okeh hihihi.



 
So this is my batchmates.We are a proud 2nd year students of Faculty of Dentistry Univ. Al-Azhar,Cairo.This pic was taken at Hadiqah Dauliyah,Egypt.(it's Egypt version of Hyde Park.Hyde Park lassangadd bagai langit dengan bumi woi haha.)

 
Ini versi Go Pro punya.

 
Introducing my favourite minachi,Nurul Atiqah Ithnin.Very klako la this girl,very berani to do unusual things  anddd she is a very kind hearted person aww.

 
Another minachi nama dia Wan Shahirah Wan Mohammad.Dia orang Sabah so the first question I asked her was "Kenapa nama awak ada Wan tapi awak orang Sabah?Parents asal Kelantan ke?"She said she have no family members in Kelantan pun,tak ada yang asal Kelantan then dia cerita macam mana boleh ada Wan kat pangkal nama which was a very long long story related to her susur galur from great great grandparents semua that I've already forgot mana datang Wan tu haha.


 
Ni masa tunggu beberapa classmates yang tak sampai lagi so tak boleh start tangkap gambo.Panas ya Tuhan masa tu.

 
Random selfie.Yes it should be a selfie picture sebenarnya tapi penyakit classmates aku is bila ada nampak sorang yang tengah buat cubaan untuk selfie sendirian,orang lain yang nampak ramai-ramai akan terus ambush so jadilah ia wefie.I look so Hindustani there wow.Burnt by the sun of course.


 
Nampak.Ni lah dia salah satu perangai classmate aku.Aku suruh pegang phone sekejap je nak guna front camera sebagai cermin.Ended up become a picture konghasam sungguh ye.Yang belakang tu sibuk berselfie.Terselamat dia nampaknya daripada kena serangan ambush hahaha.


Bentuk love kononnya tapi nampak macam -,-


Depan kuliah.As you can see there are some contengan jalanan back there.Kesan masa riot dulu.

Gambar yang paling formal without heavy editing biarlah dalam simpanan aku je haha.Till then.Wassalam.


Monday 1 June 2015

Hidup Seorang Haifa-Part 6

Assalamualaikum!

Woaaaah alhamdulillah sangat up till now,aku dah berjaya habiskan exam sebanyak 7 papers,out of 11.fuuuuh rasa macam satu persatu beban diangkat dari bahu ini.Memetik kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna (biasanya aku sebut ISHAB.senang skeqq),tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa.yes,semakin usia meningkat ni semakin aku bersetuju dengan kata-kata tu.Masa yang Allah bekalkan pada setiap manusia atas muka bumi ni semuanya 24 jam,cuma bilangan tanggungjawab yang macam-macam-hal-lah tu yang ada banyak dan semakinnn banyak.Nak nak bila ada usrah,daurah etc yang perlu dihadiri.Memang kena bijak sangat susun masa.Antara study dengan dnt tak boleh pilih salah satu.Dua-dua tu priority.Mencabar ennn.Mujuq Allah ada.Allahul musta'an.Pheww.

Tapi bergantung jugak la pada orang sebenarnya.Ada orang yang kerja dia eh sikit nyew kerja awwa.Namun,ada juga orang yang begitu banyak sekali tugasannya yang tahap eh-sudah-sudah-lah-tu-awaknya.Dua-dua tu normal dan biasa kita dengar en.tapi ada lagi satu golongan yang lagi biasa kita dengar (dan lalui ponn) tau,yakni golongan yang kerjanya banyak bangat ah tapi dia berjaya membuatkan ianya nampak sikit.Golongan apa tu kau rasa?Di bawah golongan ni aku aku cerakinkan pula kepada dua.Fulamak cerakin cerakin pulak:


1)Kerja Banyak Tapi Nampak Sikit:Work Smart.

Kerja ada banyak,tapi dia ni nampak lek lek cool je.Tapi outcome dia baik punya.Kerja siap,stress pun sifar.Sebab apa tuan-tuan?Sebab teknik yang digunakan adalah tepat;Prioritizing the priorities.Kerja memang banyak bro abadan abada tak kan habis,bahkan makin bertambah.tapi tak mustahil untuk kita kurangkan bilangan kerja-kerja tu dengan cara menyettlekannya satu persatu.kau paham tak ni?kalau tak paham baca lagi skali.tak mungkinlaaa kita mampu nak siapkan semuanya sekaligus.So kita sort la kerja-kerja mengikut dateline.Mana yang kena hantar/siap lebih awal kita siapkan dulu.

2)Kerja Banyak Tapi Nampak Sikit:Procrastination.

Golongan yang ni mesti kau dah masak sangat kan sebab kau lah salah seorang daripadanya.haha.dak aihh.hang baik.Golongan suka buat kerja bertangguh ni sama ada dia beriang ria dahulu kemudian semua kerja yang dilonggokkan nak disiapkan pada satu tarikh ni.Contohnya sebenarnya si Abu ni ada masa 5 hari untuk siapkan 3 tugasan besar.So 3 hari yang pertama dia dah allocate untuk marathon movies dan benda-benda lain.2 hari yang berbaki tu baru nak pulun pastu kerja tak siap sebab tak sempat.Padahal sempat je 5 hari tu.Ataupun,kerja-kerja yang best je kasi settle dulu.Kerja yang payah masuk dalam waiting list.Haa ini parah juga sebab apa?Mereka inilah yang tertipu sebenarnya.Rasa macam kerja dah siap and tinggal sikitttt jew lagi nak siap.Yang tinggal sikit yang dalam waiting list tu yang susah sikit tu lah yang tergendala sampai ke sudah.Katanya nantilah dulu,dan lagi ni insyaAllah Allah pasti bantu hambaNya yang lemah.Banyak laa hang.Kalau tak usaha macam mana Allah nak tolong.


(Aku tuju pada diri sendiri sebenarnya ni dan benar,aku terasa sendiri haha.)

So moralnya hang dah tau.Tak perlu lagi aku ulas panjang-panjang ye.

Ok dah macam pakar motivasi.Pakar motivasi untuk diri sendiri cukup laaa,gituh.

Oh ya itu hari kan aku teringin sangat tau nak makan goreng pisang wiwiwi dapnyee.Maklumlah,makin hari makin kuat teringat kat rumah.Family aku biasanya memang akan makan goreng pisang petang-petang.Kat Mesir ni mana aku nak cari weyy goreng pisang. :') Biasanya pukul 3 atau 4 petang aku dah memecut ke seksyen 4 (Bangi semestinya) untuk beli goreng pisang.

So here's the result:

 

Taraaaaa.Menggiurkan bukan?Motif ada notes dan pen kat belakang tu penting tau.Kau ingat aku suka-suka buat susun atur begitu?Itu semata-mata untuk mengukuhkan bukti bahawa memang aku yang goreng tau haha berlagaknya.Dekat Mesir ni pisang is everywhere so senang nak beli.Pastu mujur ada tepung lebih hari tu so cukup lah nak buat goreng pisang.But still rasa dia tak boleh beat rasa seksyen 4 tu punya.Ala nak beat pun buat apa kan bukannya nak bukak gerai.uhuk.


Pada petang hari aku goreng pisang tu,Kak Khaulah pun datang hantar Urwah suruh aku babysit jap sebab dia ada hal.Memandangkan aku ni suka obses budak,so happy la kennn!Sebelum digorengnya pisang itu,aku goreng dulu budak gebu ni.Kak Khaulah ni fresh graduate Dentistry Univ Al-Azhar.Senior aku la kiranya.Maklumat tambahan,Urwah ni dilahirkan lepas kak Khaulah grad.So memandangkan kak Khaulah nak kena balik daftar untuk kerja,maka hari pisang itu digoreng merupakan hari terakhir aku dapat main ngan Urwah. :(  Urwah ni je la the only ikhwah yang aku berani nak dekati lantas menegurnya.Yang lain aku tak buat ceni tau lol.

 

Biasanya budak-budak akan aku gomol dengan teruknya hanya apabila their parents are not around.Eleh korang pun kan.Berani nak buat ceni depan mak ayah dia haha.Wassalam.

p/s:doakan aku ahad ni paper Physiology fuh scary sehh!

Thursday 30 April 2015

Hidup Seorang Haifa-Part 5

Assalamualaikum!


[Post sebelum ini terpaksa didelete sebab aku rasa hal sebegitu mungkin boleh merosakkan motivasi segelintir orang yang membaca.Segelintir ok bukan semua haha.]

-----------------------



Heyyaaa sekarang aku sedang berada dalam musim exam which is a very long period.Nak termuntah aku.Lama kan aku tak update?Ya aku sangat sibuk menghadapi weekly test (daily sebenarnya) dan berhempas pulas menyiapkan requirements yang begitu banyak.Diaorang bagi kerja banyak-banyak ingat aku ni tak ada longgokan baju yang perlu dilipat agaknya.Tempoh exam aku secara keseluruhannya adalah selama 3 bulan kau tau tak??!Rela ataupun tak kena la exam jugak kan kalau tak gimana mau pinter dan menjadi seorang doktor gigi yang budiman.


Kau ingat tugas sebagai seorang doktor gigi tu tak penting dalam masyarakat?Kau rasa masyarakat mampu untuk hidup tanpa doktor gigi memandangkan proses mencabut gigi menurut bayangan kau hanya mampu diselesaikan dengan menggunakan seutas (seutas ke seurat?serius lupa) benang?Eh banyak cantik.Isu berkenaan dengan gigi bukan hanya sekadar cabut mencabut tau.Cuci gigi,tampal gigi,braces semua-semua tu lah.Bila kau mula rasa sakit gigi,barulah terdetik di sanubari betapa pentingnya peranan doktor gigi kan.Oh terlalu banyak kalau nak diceritakan pasal gigi ni.


Sekarang tengah study leave.Alhamdulillah sangat3 weyhh sebab akhirnya ada juga masa dan ruang untuk aku bernafas.Kalau tak aduhai pack je jadual sobs.So memandangkan aku ada jugaklah masa yang banyak,so aku pun ambik la peluang untuk pergi ke R.I dekat area Saiyida.still dalam negeri Kaherah jugak.Aku tinggal dekat Hayyu Sabik,Madinat Nasr dekat Kaherah jugak.Kalau dari tempat aku,tak de lah jauh sangat sebenarnya cuma proses nak sampai ke sana tu rumit jugaklah dan memerlukan jiwa yang kental untuk bekorban.cewah.Jarak dia umpama kau dari Bangi nak turun Cheras ah gitu lah lebih kurang.

Dari rumah aku,kena naik bas pergi ke stesen metro (macam KTM.)tapi kau tak usah nak expect macam ktm sangat ok,it's Egypt by the way.lebih kurang sejam jugaklah tempoh perjalanan.itu kalau tak jemmm.kalau jalan jem,memang dem ahh lebih lama lagi.sekarang ni dah la musim summer,which is hot and spicy.masa naik bas tu loya je tekak aku.memang normal je kalau naik bas kat mesir ni umpama kau masuk ke dalam tin sardin.berhimpit dia ya rabb.alhamdulillah aku dapat duduk masa tu.itu pun still rasa loya sebab emmm bila panas kan kau pun faham la semua orang pun mengeluarkan peluh yang tak perlu aku ulas kan.yeah benda tu nature aku tak boleh tuding jari pada mana-mana pihak dan diaorang pun tak leh tuding jari pada aku bila aku rasa loya.itu juga nature!fitrah weyh fitrah.


Ok lepas dah sampai kak stesen mestro Saiyida,kitaorang terus gerak pergi rumah Kak Bella.Seronok sangat tuan rumah;Kak Nabila Azmi,Kak Zatil,Kak Atiqah,Kak Ainin dan Kak Aisyah,(dia rumah lain tapi bila dengar kitaorang nak datang terus pergi rumah Kak Bella.omey kannn)Oh ya lupa aku nak bagitau,aku pergi Saiyida bukan sorang-sorang,tapi dengan team partner in crime aku;Kak Baiti,Kak Fadzilah and Kak Faqihah.jap aku rasa klakar sebab tulis nama diaorang secara lengkap.dah biasa panggil nama pendek je haha.


Sampai-sampai je rehat jap pastu solat Maghrib terus dinner.pandai kan aku set time haha tak senonoh betul.sampai terus makan.Sedappp Kak Bella (Nabila Azmi) masak masakan special untuk kitaorang tau.Nasi hujan panas dengan rendang yang umphhh rasanya cukup cemerlang aku kira.Dia guna resepi Chef Wan kot memanglaa.patutla sedap ngat ngat.lepas tu dia buatkan cream puff.dah la gebu,sedap weyh kunyah rasa macam tak nak telan je sebab best sangat kunyah.


Lepas makan aku dan partners in crime pun study..Selain untuk ziarah tuan rumah,memang aku ke sana sebab nak study.Tukar angin skit.boring ahhh hadap bilik aku jeh.esok harinya pun balik lah semula ke rumah..ni sempat la snap gambar skeqqq dengan tuan rumah.Masa ni Kak Ainin dengan Kak Atiqah dah keluar rumah dah pergi kuliah.Kitaorang keluar lambat skit follow kak Nabila dengan Kak Aisyah sebab kelas diaorang start lambat pagi tu.Kak Aisyah sempat lagi bagi notes kecik sorang satu huwahuwa.comel dan sweet jeh!!

Alhamdulillah bagi aku inilah salah satu keseronokan hidup bersama akhawat.akhawat ada di mana-mana ceruk pelosok muka bumi ni.kalau ada apa-apa pun akan cari diaorang jugak.kan katanya akhawat bersedia untuk disusahkan.so aku pun ambil la tanggungjawab untuk menyusahkan mereka.haha.ok sekian sahaja.wassalam.nak chow ke rumah si Nisa pulak.lama tak lepak (study bersama) di rumah they all.



Dari kiri:Kak Nabila Azmi,diri aku,Kak Fadzilah,Kak Baiti,Kak Faqihah and Kak Aisyah.comel kan kitaorang hihik.

Tuesday 24 March 2015

Telan je la! -Part 1

Assalamualaikum!

Sekarang pukul 1.47 pm,kalau nak ikutkan sepatutnya aku tengah ada dalam kelas tengah dengar lecture Anatomy (biasanya aku syahid waktu ni.moga diampunkan Tuhan.).Tapi aku balik awal sebab aku tak siap carving lagi weyh.ada 3 batang pulak tu esok nak kena submit.Dah la esok ada test Physiology bab Kidney dengan Endocrine Gland.andai bisa dibelah-belah diri ini supaya yang ni buat itu yang ni buat yang ni.memang tak mungkin laaa. :')



 ---------------------

Aku baru lepas baca post seorang saudari ni,dah lama berkahwin tapi belum direzekikan anak.Bergenang mata aku baca T_T Well,rasa rindu untuk ada zuriat sendiri tu mungkin boleh kawal lagi rasa tu.Tapi jadi tak sedap bila ada suara-suara yang keep asking when when when memang agak minta penampo juga la bagi aku.Sebenarnya yang aku nak highlight bukanlah isu ada zuriat atau tak,tapi background sound tu.Orang-orang sekeliling atau masyarakat yang makin hari makin hilang COMMON SENSE.


Aku boleh faham perasaan saudari tu walaupun mungkin la bukan the exact feeling kan sebab aku pernah juga rasa macam tu.Bukan feeling orang soal bila aku nak ada anak,yang tu kena tanya mak aku la.pasti dia tampar kau juga.hihi.Tapi feeling bila ada background sound yang oh-man-why-I-feel-like-I-am-so-gonna-kill-you but I'm muslim so tak kill la.aku chill je.


Aku,
first time rasa macam tu dan aku tak sangka ianya seteruk itu.


Ingat lagi,that moment was when I get my SPM results.Teruk!sedih pilu patah seribu tu tak usah diulas lah.Rasa perit dia wuuu,sebab...Tak pernah terjangka langsung akan dapat macam tu.Sebab apa?

Result trial aku bagus kot.Bukan nak mendabik dada,kalau ya pun nak mendabik dada tak berguna dah pun sebab ianya sudah lama berlaluuu dan tinggal dalam lipatan sejarah aku je.Result trial aku tu boleh je guna untuk apply scholarship dan terbang ke negara asal yang aku idam-idamkan,Australia haha.geli pula rasa nak nyebut nyew.bukan geli apa,terkenang-kenang je haish pabenda air mata jernih nih ish :')

Tapi itulah,kuasa Allah mengatasi segalanya.aku punya plan ada banyak sebenarnya.sampai untuk umur 30 tahun aku susun.tapi Allah punya plan jauh lebih powerful.belum apa-apa plan aku dah terbalik pula jadinya,baru plan yang depan kot!

I was depressed sebab dapat result teruk,aku rasa future aku dah tak ada cahaya,peluang semua tertutup,masyarakat semua akan mengata aku bla bla,dapat pulak dengar omongan-omongan yang alhamdulillah membolehkan aku dapat pahala free.Tak kurang juga ada yang bagi motivasi,mengingatkan aku yang rezeki Tuhan bukannya tersekat setakat tu.Alhamdulillah aku terlalu banyak belajar daripada peristiwa 2 tahun lepas tu.yerp,sedih itu haruslah sedih.tapi aku dapat lessons yang sangat bermakna bagi aku.


Selama ini,mungkin aku tak pernah rasa dapat results teruk tu macam mana.to be precise,tak pernah rasa macam mana perasaan orang yang dapat results teruk.betul roda tu berpusing.mungkin aku dah lama duduk di atas,and Allah nak beri chance kat aku untuk rasa pulak macam mana berada dekat bawah.lama weyhh aku nak terima hakikat.aku tak keluar rumah ada la dalam sebulan.aku tak nak jumpa orang,langsung.orang whatsapp aku tak reply.kerja aku?menangis je lah sepanjang hari.


Aku yang selama ni orang anggap cam pandai jugakla hihi klako,terus terswitch right after dapat results tu.kau bayangkanlah.ye lah bukan salah diaorang pun.UPSR dengan PMR aku dulu straight A's,so orang pun give high expactation la.

Aku bersyukur sebab hero heroin yang sebenar semua muncul masa aku tengah breakdown teruk.boost balik semangat aku.semua semua lah.especially parents aku :') wallahi masa tu ramai juga orang yang aku tak sangka-sangka muncul.tak sangka-sangka yang aku maksudkan,yang selama ni aku ingatkan dia nampak ok je,tapi time aku down,rupanya dia downkan aku lagi konghasam betui.dan yang aku ingatkan macam tak berapa berperanan sangat pada aku haha gurau jehh tapi diaorang ni la yang bagi moral support yang aku tak boleh nak describe.


Aku nak je share dekat sini apa lesson about life yang aku sangat-sangat hargai disebabkan aturan Allah ni,yang di mata aku nampak jelek sangat.tapi sebenarnya inilah yang istimewa dalam hidup aku.nanti aku sambung okehhh.nak sambung kerja tertunggak ni haaa haha.

Doakan aku dapat jawab test esok!insyaAllah nanti ada sambungan...

Wassalam.