nuffnang adds

Tuesday, 3 March 2015

Dear lepasan SPM..

Assalamualaikum!

Yeayy alhamdulillah tak ada test esok dan lusa manakala tulat pula sudah cuti hujung minggu woohooo.Bolehlah belanja satu post.(malangnya next week ada test paper biochemistry,biomaterial dan physiology berturut-turut pula.tak patut girang sangat pun sebenarnya.doakan aku please.wuu)

Hari ini,yakni 3 Mac 2015 merupakan tarikh bersejarah bagi seluruh umat Islam yang mana ianya merupakan tarikh kejatuhan khilafah manakala bagi lepasan SPM 2014 pula,hari ini merupakan hari yang penuh dengan emoticon;senyum tawa mahupun linangan air mata kerana result SPM tubik.Apa pun saya ingin mengucapkan infiniti tahniah buat anda semua yang telah berjaya mendapat keputusan masing-masing!

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda yang memperoleh keputusan yang cemerlang!Mungkin berkat doa kedua ibubapa anda ataupun doa daripada insan-insan yang pernah anda bantu suatu ketika dahulu,siapa tahu kan?yelah yelah berkat usaha kau juga.Yakinlah bahawa kejayaan yang anda peroleh hari ini semuanya ditetapkan oleh Allah,dan.

Ini merupakan kejayaan pertama anda,bukan kejayaan terakhir yang sepatutnya anda kecapi.Kekalkan momentum tu.Ok?
Bagus.

Untuk yang belum ada rezeki mendapat keputusan yang cemerlang,janganlah bersedih hati lama-lama sangat ya.Tak salah untuk bersedih sebab fitrah manusia pun alahaiii.Bersyukurlah kerana itu tanda yang kau ni normal. :')

Aku rasa tergerak untuk menulis acah-acah open letter untuk lepasan SPM tapi fokus utama aku bukanlah untuk berkongsi tentang senarai biasiswa dan pada tarikh bila kau patut pergi interview (untuk yang cemerlang dan berkelayakan) dan apakah tips ketika sesi interview nanti nak kena duduk kaki silang ke tidak,tapi,

post ini adalah untuk anda yang belum punya rezeki untuk itu.ya,anda yang mungkin sedang bersedih dan kecewa dengan keputusan SPM anda. :)

Well adik2,
korang mungkin rasa bosan ya amat bila dengar orang dewasa atau senior-senior yang membuat cubaan memujuk dengan mengatakan,"SPM bukanlah segalanya..." atau "alaa ini baru permulaan.Don't give up!" atau "Rezeki di tangan Allah,bukan pada keputusan SPM!" dan pelbagai lagi.

Tapi,
itulah hakikatnya.

Terlebih dahulu saya ingin welcome kedatangan anda ke dalam sebuah fasa kehidupan yang baru,fasa yang lebih matang dan dewasa,Satu fasa yang penuh dengan cabaran dan liku-liku.Satu fasa yang keputusan SPM hanya tinggal sebagai kenangan.Tiada lagi zaman keanak-anakan,main-main dan sebagainya.Kita perlu menjadi serius pada setiap masa.Tipu je,tengok juga la pada keadaan haha.kau masih boleh bergurau,tapi bergurau gaya orang matang la.

Suka untuk saya ulang kembali satu peribahasa ke pepatah aku pun tak pasti,

"Hidup ini ibarat roda.Kadang-kadang berada di atas,kadang-kadang berada di bawah."

Sejujurnya aku pun bosan dengan pepatah tu.Rasa aku dari sekolah rendah lagi duk dengar.Dah la aku ni tak suka benda2 klise ni haha.Tapi once bila kau dah mula lalui kehidupan yang sebenar,kau akan mengangguk sendiri mengiyakan pepatah tu.

Sekarang anda mungkinlah sedang berada di bawah,di satu kedudukan yang tak ada siapa pun hendak berada di situ.Atau dengan erti kata lain,semua orang mintak simpang.Tapi adik2 satu benda yang korang kena faham dan sematkan dalam hati baik2,

TUHAN TAK KEJAM.

Dia tak jadikan sesuatu perkara tu dengan sia2.Ada sebab,ada ceritanya.Bergantung pada anda bagaimana cara anda memandang susun atur Allah terhadap kehidupan anda.It's all about time.Anda akan berjaya,cuma bukan sekarang.Mungkin tahun depan,dua tahun depan,sepuluh tahun depan atau 23 tahun lagi siapa tahu?

Apa yang anda faham tentang masa depan?
Bila sebut tentang masa depan,anda jangan sekali-kali bebankan minda anda dengan menganggap bahawa SPM itu benar-benar menentukan masa depan anda.Masa depan yang cerah,gelap,putih gebu,atau sawo matang sekalipun,hanya Allah yang berkuasa menentukan dan kepada Dialah kita meminta.Mintalah yang terbaik!

Anda sekarang mungkin sedang menghadapi 'hard time' dan tak salah sama sekali untuk anda berasa sedih.Tak ada siapa yang berhak untuk menghalang.Tapi anda perlu tetapkan sehingga bila anda patut bersedih.Jika anda benar2 seorang yang brilliant cuma mungkin belum ada rezeki untuk SPM,anda pasti memilih untuk tidak berlama-lama dalam kekecewaan.Kerana anda tahu,anda akan berjaya.Dan kejayaan itu perlu dirancang seawal sekarang.

Aku nak kongsi la sikit beberapa situasi yang agak menarik untuk kita renungkan,situasi yang aku lalui samada aku lalui sendiri atau melalui pengalaman orang lain yang aku rasa sangat2 membantu dalam menjernihkan kembali pemahaman aku terhadap erti kehidupan,erti kejayaan khususnya.

Situasi 1:

Ada seorang ni,namanya Siti la aku letak.Siti merupakan seorang pelajar yang top aje manjang.Sikit-sikit top 3 dalam kelas.Begitu cemerlang sekali.Bila tiba hari keputusan SPM diumumkan,dia pun dapatlah keputusannya of course la kan haha.Keputusannya semua A kecuali satu B yang mana still kita consider sebagai keputusan yang cemerlang.Siti berasa sangat gembira!Siti mempunyai cita-cita yang telah lama dia niatkan.Jadi time isi borang UPU,Siti pun isilah bidang yang dicita-citakannya tu sebagai pilihan.Namun apakan daya,mungkin bukan rezeki.Dia tidak mendapat tawaran untuk bidang yang dihajatinya.Dan kini dia sedang menyambung pengajian dalam bidang yang dia sendiri tak terfikir dia akan ambil.

Situasi 2:

Yang kedua ni aku bagi nama Nurul pula.Secara ringkasnya,keputusan Nurul tidaklah segempak keputusan Siti.Biasa-biasa je.Tapi lepaslah untuk mendapat tempat di IPTA.Kau ingat Siti je yang ada cita-cita?Nurul pun ada la.Jadi sewaktu mengisi borang UPU,Nurul meletakkan bidang yang diminatinya sebagai pilihan.Alhamdulillah Nurul menerima tawaran untuk menyambung dalam bidang yang dihajatinya.Berkat doa ibubapanya. :)

Situasi 3:

Cerita tentang Amani pula.Amani telah berjaya mendapat keputusan straight A's sewaktu SPM.maka dia pun menghantar permohonan kepada kebanyakan biasiswa yang ada.namun dia tidak berjaya mendapat tawaran daripada mana-mana biasiswa.terbatal hasratnya untuk menyambung pelajaran ke luar negara.untungnya dia mendapat kos asasi yang menjadi targetnya,alhamdulillah dia sekali lagi berjaya mendapat keputusan cemerlang sewaktu asasi (amboi cemerlang betul dia ni)yang membolehkannya untuk membuat permohonan kos ijazah yang bertepatan dengan kelayakannya.of course la dia minta yang dia nak kan.namun bukan rezeki dia,dia tidak mendapat kos yang diingininya sewaktu ijazah.

Situasi 4:

Suraya,seorang pelajar yang kisah hidupnya dicemburui mana-mana pelajar pun.Sudahlah rupa parasnya cantik,berbudi bahasa,pintar.Pakej la kata orang.Bersekolah di sekolah terpilih dan menjadi yang paling cemerlang pula di situ.Namun pada suatu hari dia mendapat panggilan yang mengkhabarkan ibunya telah kembali ke rahmatullah.

Banyak lagi sebenarnya kisah yang aku nak kongsi tapi panjang sangat la nanti jadinya.So agak2 awak la kan,siapa yang sebenarnya beruntung antara tiga2 situasi kat atas ni?

Ya,si Nurul itu.

Keputusan SPM nya mungkinlah tidak segah mana,tapi cukup syarat untuk mendapat tempat bagi kos yang diingininya.nak dijadikan cerita pula,kos yang diminta itu memang mempunyai persaingan yang sengit untuk mendapat tempat which is dia sendiri pada awalnya rasa samar-samar je peluang nak dapat tu.tapi itulah,itulah namanya rezeki.kalau mengikut kaca mata manusia mungkin dia tak layak untuk kos itu,tapi Allah dah kata layak,layaklah dia. :)

Dengan keputusan SPM anda itu,anda mungkin tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang anda inginkan.Tapi cuba anda fikir,sekejam itukah Tuhan?tidak.meskipun anda rasa malang kerana pilihan kos menjadi terbatas,sebenarnya Tuhan telah memudahkan urusan anda.anda tak perlu runsing dan membuang masa lama untuk meneliti pilihan yang banyak.dengan pilihan yang sedikit itulah anda dapat meneliti dengan lebih mendalam setiap kos itu.ingat,peluang pasaran pekerjaan yang perlu anda utamakan,bukan soal anda akan menjadi sebutan masyarakat ataupun tidak.jadilah seseorang yang matang.

Tak semua kisah-kisah indah memerlukan straight A's SPM sebagai syarat utama.bukalah minda kita terhadap skop kehidupan yang lebih meluas.macam yang saya sebut tadi yang perumpamaan klise tu,kadang-kadang kita di atas,kadang-kadang kita di bawah.bila dah kata roda,maknanya ia akan berpusing dan keadaan akan berubah.yang berjaya tak akan selamanya berjaya,pasti akan merasai kegagalan.yang gagal pula tak selamanya gagal,pasti akan merasa juga kejayaan.sebab tu aku kata Tuhan tak kejam. :)

Ada orang mungkin Allah rezekikan dia dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang sewaktu belajar,namun tidak bertemu jodoh hingga akhir hayat.Mungkin dia mempunyai gaji yang tinggi,namun gagal dalam perkahwinan.Ada orang yang mungkin tidak cemerlang mana sewaktu belajar,tapi Tuhan permudahkan perjalanan hidupnya.mendapat peluang pekerjaan yang baik,isteri yang cantik,anak-anak yang sihat dan sempurna sifatnya.itu satu kebahagiaan kan?

Ada seorang pak cik yang saya kenal dan cukup saya segani.Dia berkongsi kisahnya dengan saya.Dia merupakan seorang bekas pelajar MRSM,sering mendapat tempat tertinggi di dalam kelas.tapi dia diuji,keputusan SPM nya kurang memuaskan.kurang memuaskan yang memang tak setaraf dengan statusnya sebagai seorang pelajar MRSM.timbul rasa rendah diri kerana kawan-kawannya yang lain kebanyakannya cemerlang dan belajar di luar negara dan rata-rata menyambung pelajaran dalam bidang seperti perubatan,kejuruteraan dan sebagainya.dan dia hanya berpeluang untuk menyambung pelajarannya dalam bidang yang biasa-biasa.rasa rendah diri,rasa terkebelakang.rasa looser.itu yang pak cik tu rasa.

Masa pun berlalu dan masing-masing sudah pun bekerja.setelah lama tak berjumpa,mereka pun mengadakan satu 'reunion' batch la gitu.semuanya sudah dewasa,ada pekerjaan sendiri dan kehidupan sendiri.mereka pun berkongsi tentang perkembangan masing-masing.ada kawannya yang bekerja sebagai jurutera berkongsi cerita tentang dirinya yang masih belum bertemu jodoh.dia cemburu melihat rakan-rakannya yang sudah pun memiliki anak-anak yang ramai.ada juga yang merupakan bekas top student sekolah,baru sahaja selepas bercerai.ada yang bekerja sebagai doktor pula berkongsi tentang tekanan yang dialaminya.letih,rasa menyesal ambil medik katanya.cemburu melihat rakan-rakan lain yang kerja office hour,hujung minggu boleh luangkan masa bersama keluarga.

Dan pak cik yang saya kenali ini berkata,dia benar2 takjub dengan kebesaran Allah.kini dia semakin yakin dengan keadilan Allah.benarlah Allah maha adil.dia yang dahulunya hanya mengambil kos yang biasa2 sewaktu belajar,kini menyandang satu jawatan penting di sebuah syarikat terkemuka yang mana dia merupakan bos kepada juru-jurutera yang mostly mempunyai keputusan SPM yang jauh lebih cemerlang daripadanya.dia kini tinggal di rumah yang mewah bersama isteri dan anak-anak.dialah orangnya yang kerja mengikut office hour dan mempunyai masa di hujung minggu bersama keluarga.

Allah maha adil,kan?

Adik2,
kehidupan kita ini masih jauh.definisi berjaya itu bukanlah sepenuhnya terletak pada keputusan SPM,tidak.tapi terletak pada attitude kita,bagaimana kita bertindak terhadap sesuatu perkara.ada kenalan saya yang bijak orangnya,tapi tidak mempunyai karakter.mudah ditipu orang,tidak pandai mencari peluang dan sebagainya.anda sebenarnya telah berjaya apabila anda mempunyai attitude yang bagus.

Kalau anda rasa peluang pekerjaan nanti bergantung pada keputusan SPM semata-mata,anda salah.lapangan pekerjaan sekarang mencari orang yang mempunyai soft skill yang baik,public relation yang baik dan pelbagai lagi kemahiran yang penting.sila ambil berat untuk point ini.

Itu ceritanya mungkin panjang lagi untuk ditulis dalam post yang dah panjang sangat ni.Juniors,marilah kita menjadi hamba yang bersyukur,yang sentiasa bersangka baik dengan Allah.anda patut rasa tenang diuji begini kerana ianya bererti bahawa anda mampu menanggung ujian ini.mereka yang cemerlang itu mungkin Tuhan tidak berikan keputusan begini kepada mereka kerana mungkin mereka tak mampu menerimanya/lebih teruk penerimaan mereka berbanding anda.Tak perlu salahkan diri sendiri dan jangan menyesali apa yang telah terjadi.Ada sesuatu yang perlu kita pelajari.

Look forward and don't turn back.

Peluang sentiasa ada,kita yang kena cari.Aku sangat yakin dengan benda ni.

Sekian sahaja daripada aku,
salah seorang lepasan SPM yang gagal sewaktu SPM dahulu.Tapi aku tetap percaya,ketentuan Tuhan tetap yang paling terbaik. :)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment