[Post sebelum ini terpaksa didelete sebab aku rasa hal sebegitu mungkin boleh merosakkan motivasi segelintir orang yang membaca.Segelintir ok bukan semua haha.]
-----------------------
Heyyaaa sekarang aku sedang berada dalam musim exam which is a very long period.Nak termuntah aku.Lama kan aku tak update?Ya aku sangat sibuk menghadapi weekly test (daily sebenarnya) dan berhempas pulas menyiapkan requirements yang begitu banyak.Diaorang bagi kerja banyak-banyak ingat aku ni tak ada longgokan baju yang perlu dilipat agaknya.Tempoh exam aku secara keseluruhannya adalah selama 3 bulan kau tau tak??!Rela ataupun tak kena la exam jugak kan kalau tak gimana mau pinter dan menjadi seorang doktor gigi yang budiman.
Kau ingat tugas sebagai seorang doktor gigi tu tak penting dalam masyarakat?Kau rasa masyarakat mampu untuk hidup tanpa doktor gigi memandangkan proses mencabut gigi menurut bayangan kau hanya mampu diselesaikan dengan menggunakan seutas (seutas ke seurat?serius lupa) benang?Eh banyak cantik.Isu berkenaan dengan gigi bukan hanya sekadar cabut mencabut tau.Cuci gigi,tampal gigi,braces semua-semua tu lah.Bila kau mula rasa sakit gigi,barulah terdetik di sanubari betapa pentingnya peranan doktor gigi kan.Oh terlalu banyak kalau nak diceritakan pasal gigi ni.
Sekarang tengah study leave.Alhamdulillah sangat3 weyhh sebab akhirnya ada juga masa dan ruang untuk aku bernafas.Kalau tak aduhai pack je jadual sobs.So memandangkan aku ada jugaklah masa yang banyak,so aku pun ambik la peluang untuk pergi ke R.I dekat area Saiyida.still dalam negeri Kaherah jugak.Aku tinggal dekat Hayyu Sabik,Madinat Nasr dekat Kaherah jugak.Kalau dari tempat aku,tak de lah jauh sangat sebenarnya cuma proses nak sampai ke sana tu rumit jugaklah dan memerlukan jiwa yang kental untuk bekorban.cewah.Jarak dia umpama kau dari Bangi nak turun Cheras ah gitu lah lebih kurang.
Dari rumah aku,kena naik bas pergi ke stesen metro (macam KTM.)tapi kau tak usah nak expect macam ktm sangat ok,it's Egypt by the way.lebih kurang sejam jugaklah tempoh perjalanan.itu kalau tak jemmm.kalau jalan jem,memang dem ahh lebih lama lagi.sekarang ni dah la musim summer,which is hot and spicy.masa naik bas tu loya je tekak aku.memang normal je kalau naik bas kat mesir ni umpama kau masuk ke dalam tin sardin.berhimpit dia ya rabb.alhamdulillah aku dapat duduk masa tu.itu pun still rasa loya sebab emmm bila panas kan kau pun faham la semua orang pun mengeluarkan peluh yang tak perlu aku ulas kan.yeah benda tu nature aku tak boleh tuding jari pada mana-mana pihak dan diaorang pun tak leh tuding jari pada aku bila aku rasa loya.itu juga nature!fitrah weyh fitrah.
Ok lepas dah sampai kak stesen mestro Saiyida,kitaorang terus gerak pergi rumah Kak Bella.Seronok sangat tuan rumah;Kak Nabila Azmi,Kak Zatil,Kak Atiqah,Kak Ainin dan Kak Aisyah,(dia rumah lain tapi bila dengar kitaorang nak datang terus pergi rumah Kak Bella.omey kannn)Oh ya lupa aku nak bagitau,aku pergi Saiyida bukan sorang-sorang,tapi dengan team partner in crime aku;Kak Baiti,Kak Fadzilah and Kak Faqihah.jap aku rasa klakar sebab tulis nama diaorang secara lengkap.dah biasa panggil nama pendek je haha.
Sampai-sampai je rehat jap pastu solat Maghrib terus dinner.pandai kan aku set time haha tak senonoh betul.sampai terus makan.Sedappp Kak Bella (Nabila Azmi) masak masakan special untuk kitaorang tau.Nasi hujan panas dengan rendang yang umphhh rasanya cukup cemerlang aku kira.Dia guna resepi Chef Wan kot memanglaa.patutla sedap ngat ngat.lepas tu dia buatkan cream puff.dah la gebu,sedap weyh kunyah rasa macam tak nak telan je sebab best sangat kunyah.
Lepas makan aku dan partners in crime pun study..Selain untuk ziarah tuan rumah,memang aku ke sana sebab nak study.Tukar angin skit.boring ahhh hadap bilik aku jeh.esok harinya pun balik lah semula ke rumah..ni sempat la snap gambar skeqqq dengan tuan rumah.Masa ni Kak Ainin dengan Kak Atiqah dah keluar rumah dah pergi kuliah.Kitaorang keluar lambat skit follow kak Nabila dengan Kak Aisyah sebab kelas diaorang start lambat pagi tu.Kak Aisyah sempat lagi bagi notes kecik sorang satu huwahuwa.comel dan sweet jeh!!
Alhamdulillah bagi aku inilah salah satu keseronokan hidup bersama akhawat.akhawat ada di mana-mana ceruk pelosok muka bumi ni.kalau ada apa-apa pun akan cari diaorang jugak.kan katanya akhawat bersedia untuk disusahkan.so aku pun ambil la tanggungjawab untuk menyusahkan mereka.haha.ok sekian sahaja.wassalam.nak chow ke rumah si Nisa pulak.lama tak lepak (study bersama) di rumah they all.
Dari kiri:Kak Nabila Azmi,diri aku,Kak Fadzilah,Kak Baiti,Kak Faqihah and Kak Aisyah.comel kan kitaorang hihik.
No comments:
Post a Comment