nuffnang adds

Tuesday, 24 March 2015

Telan je la! -Part 1

Assalamualaikum!

Sekarang pukul 1.47 pm,kalau nak ikutkan sepatutnya aku tengah ada dalam kelas tengah dengar lecture Anatomy (biasanya aku syahid waktu ni.moga diampunkan Tuhan.).Tapi aku balik awal sebab aku tak siap carving lagi weyh.ada 3 batang pulak tu esok nak kena submit.Dah la esok ada test Physiology bab Kidney dengan Endocrine Gland.andai bisa dibelah-belah diri ini supaya yang ni buat itu yang ni buat yang ni.memang tak mungkin laaa. :')



 ---------------------

Aku baru lepas baca post seorang saudari ni,dah lama berkahwin tapi belum direzekikan anak.Bergenang mata aku baca T_T Well,rasa rindu untuk ada zuriat sendiri tu mungkin boleh kawal lagi rasa tu.Tapi jadi tak sedap bila ada suara-suara yang keep asking when when when memang agak minta penampo juga la bagi aku.Sebenarnya yang aku nak highlight bukanlah isu ada zuriat atau tak,tapi background sound tu.Orang-orang sekeliling atau masyarakat yang makin hari makin hilang COMMON SENSE.


Aku boleh faham perasaan saudari tu walaupun mungkin la bukan the exact feeling kan sebab aku pernah juga rasa macam tu.Bukan feeling orang soal bila aku nak ada anak,yang tu kena tanya mak aku la.pasti dia tampar kau juga.hihi.Tapi feeling bila ada background sound yang oh-man-why-I-feel-like-I-am-so-gonna-kill-you but I'm muslim so tak kill la.aku chill je.


Aku,
first time rasa macam tu dan aku tak sangka ianya seteruk itu.


Ingat lagi,that moment was when I get my SPM results.Teruk!sedih pilu patah seribu tu tak usah diulas lah.Rasa perit dia wuuu,sebab...Tak pernah terjangka langsung akan dapat macam tu.Sebab apa?

Result trial aku bagus kot.Bukan nak mendabik dada,kalau ya pun nak mendabik dada tak berguna dah pun sebab ianya sudah lama berlaluuu dan tinggal dalam lipatan sejarah aku je.Result trial aku tu boleh je guna untuk apply scholarship dan terbang ke negara asal yang aku idam-idamkan,Australia haha.geli pula rasa nak nyebut nyew.bukan geli apa,terkenang-kenang je haish pabenda air mata jernih nih ish :')

Tapi itulah,kuasa Allah mengatasi segalanya.aku punya plan ada banyak sebenarnya.sampai untuk umur 30 tahun aku susun.tapi Allah punya plan jauh lebih powerful.belum apa-apa plan aku dah terbalik pula jadinya,baru plan yang depan kot!

I was depressed sebab dapat result teruk,aku rasa future aku dah tak ada cahaya,peluang semua tertutup,masyarakat semua akan mengata aku bla bla,dapat pulak dengar omongan-omongan yang alhamdulillah membolehkan aku dapat pahala free.Tak kurang juga ada yang bagi motivasi,mengingatkan aku yang rezeki Tuhan bukannya tersekat setakat tu.Alhamdulillah aku terlalu banyak belajar daripada peristiwa 2 tahun lepas tu.yerp,sedih itu haruslah sedih.tapi aku dapat lessons yang sangat bermakna bagi aku.


Selama ini,mungkin aku tak pernah rasa dapat results teruk tu macam mana.to be precise,tak pernah rasa macam mana perasaan orang yang dapat results teruk.betul roda tu berpusing.mungkin aku dah lama duduk di atas,and Allah nak beri chance kat aku untuk rasa pulak macam mana berada dekat bawah.lama weyhh aku nak terima hakikat.aku tak keluar rumah ada la dalam sebulan.aku tak nak jumpa orang,langsung.orang whatsapp aku tak reply.kerja aku?menangis je lah sepanjang hari.


Aku yang selama ni orang anggap cam pandai jugakla hihi klako,terus terswitch right after dapat results tu.kau bayangkanlah.ye lah bukan salah diaorang pun.UPSR dengan PMR aku dulu straight A's,so orang pun give high expactation la.

Aku bersyukur sebab hero heroin yang sebenar semua muncul masa aku tengah breakdown teruk.boost balik semangat aku.semua semua lah.especially parents aku :') wallahi masa tu ramai juga orang yang aku tak sangka-sangka muncul.tak sangka-sangka yang aku maksudkan,yang selama ni aku ingatkan dia nampak ok je,tapi time aku down,rupanya dia downkan aku lagi konghasam betui.dan yang aku ingatkan macam tak berapa berperanan sangat pada aku haha gurau jehh tapi diaorang ni la yang bagi moral support yang aku tak boleh nak describe.


Aku nak je share dekat sini apa lesson about life yang aku sangat-sangat hargai disebabkan aturan Allah ni,yang di mata aku nampak jelek sangat.tapi sebenarnya inilah yang istimewa dalam hidup aku.nanti aku sambung okehhh.nak sambung kerja tertunggak ni haaa haha.

Doakan aku dapat jawab test esok!insyaAllah nanti ada sambungan...

Wassalam.




No comments:

Post a Comment