nuffnang adds

Monday, 16 March 2015

Hidup Seorang Haifa:Part 4

Assalamualaikum!


Hai awak awak.Semoga terus bahagia hendaknya di samping keluarga tercinta.Untunglah kau ya ada keluarga di sisi,Tiap-tiap petang boleh makan goreng pisang sambil minum teh dan berbual mesra,diselangi pula dengan gelak tawa ahli keluarga sambil terpasang cerita spongebob kat tv wuuu.(literally ni yang family aku buat la)Yang ada di sisi aku hanyalah arab arab dan segelintir melayu melayu yang secara formalnya bila berjumpa kita akan rasa macam "Heyy kita kan satu keluarga!!" Maigod bohong sangat tu.Aku tetap nak keluarga kandung aku kat Malaysia la.It'll never be the same,people!Nak balik nak balik nak balik. :'|

Jadi lepas dah baca ayat yang terakhir dalam perenggan first tu kau pun mesti faham kan yang aku tengah homesick nih.Ini tahun ke 2 la aku merasa sakitnya tuh di sini bila terkena homesick.yeah aku tak pernah duk asrama seumur hidup dan tiba-tiba kena duk egypt ya Tuhan kau faham tak.Ni dah main benua-benua dah ni.Benua asia dan afrika kot.Tak ke satu anjakan paradigma tuh?!cewah over pulak.ala tak de la teruk mana pun.aku ni seorang yang berjiwa kental sebenarnya tapi tu lah bila dah nak dekat-dekat exam ni,mood swing pula.masa study pun pasang lagu raya sebab nak girangkan hati yang lara. duka ni.(marah Awal dan Scha nanti hooh)


Mesti ada ada yang geram en lantas berkata "Kenapa kau nak dengar lagu raya haa sedangkan Ramadhan itu yang patut lebih dirindui?Kau sepatutnya...bla bla..."Hoi janganla cenii.Adaptasi orang dan aku terhadap lagu raya ni lain tau.Bukanlah aku tak sabar nak sambut raya berbanding bulan puasa.No no no.

Cuma lagu raya ni dia macam ada satu feel kekeluargaan yang kukuh,erat dan mapan gitu haha.Masih,,untuk keluarga aku la.keluarga orang lain aku tak tanya la pulak.hihi.Dalam kereta abah tu ada seleksi CD nasyid dan lagu raya tau.Biasanya kalau dalam kereta masa nak balik kampung tuu haa kami sekeluarga pun nyanyi la ramai-ramai sambil lentok-lentok kepala ke kiri dan kanan sebab rasa tazzabar nak jumpa family besaq wehuuu.(ye lah dah jem teruk sangat sian abah.baik lah kami hiburkan beliau kan?tegang urat tengkuk menghadap jem kau tau tak??)Hmm seronoknya boleh main bunga api,top up kuih raya,kemas-kemas rumah (honestly ni yang paling aku malaihh) makan-makan (yang ni aku cukup suka),main dengan bayi bayi yang montel dan gebu dan lain lain lagi lah.


Namun itu semua akan terjadi bila aku balik mesia nanti.Realitinya,sekarang ni bulan March dan lagi 3 bulan nak balik.haa tak lama dah tu!haha.kesiannya aku.sebab nak boleh ke sampai bulan Jun tu aku perlu mengharungi exam terlebih dahulu.fine fine.

So ini lah pemandangan aku every petang lepas habis kuliah.Berdiri kat bus station sambil tunggu bas asyir-sabik yang nak menuju ke rumah aku.Dalam bas pula kalau ada rezeki,dapatlah seat untuk melabuhkan punggung.Kalau tak haa berdiri la kau macam aku petang tadi (dan kebanyakan hari sebenarnya sobs) Mampat weyh bas I tell you!berhimpit dengan arab yang saiznya bukan macam orang kita.terhimpit aku tau,terhimpit. :') ala tapi itu tak ada benda pun kalau nak compare dengan cabaran lain cewah.itu cabarannya baru level 1 candy crush je tuh haha.



"Kau ada hati nak duduk sini?Harapan.Aku yang dapat dulu laa.Wekkk!"



Dan ini pula posisi aku.punya la lawa aku ni tapi duk tepi tangga je tau.sobs.


Petang tadi aku almost jatuh daripada tangga bas.alhamdulillah tak jatuh.kalau tak,jatuh saham aku.kehkeh.baik sangat tau ada sorang akak arab ni dia pegang aku sampai aku turun bas sebab dia takut aku jatuh lagi.pastu aku pun dengan muka yang mata ala poos in boots tu cakap syukran banyak kali kat dia,dia pun reply,"Afwan.Syukran lillah."Waa terkesima aku mendengar syukran lillah tu.Dalam ramai ramai arab yang aku bengang kerana sering menguji kesabaranku,masih ada lagi sebenarnya tau yang berhati suci dan murni. :')

Pastu masa nak naik lif kat rumah pulak,ada seorang pemuda arab tengah tunggu lif.aku yang tengah penat ni macam oh man kenapa ada dia ni.orang penat la nak cepat. :'(  pastu right after dia nampak aku,dia pun ternganga mulut pastu dia cakap "MasyaAllah,ma ajmala!enti gamil!!" maksudnya:MasyaAllah,betapa cantiknya.Cantiknya kau ni!!  

Ok aku tipu.itu semua khayalan semata.dia tak kata apa pun.dia just tunjuk isyarat tangan suruh aku masuk lif dulu.dia naik lepas aku dah sampai tingkat yang dituju.yeayy alhamdulillah dapat naik lif dulu.susah tau nak jumpa pemuda arab yang gentleman.biasa kalau dalam bas dorang buat tak tau je bila aku berdiri. :( ok wassalam.

No comments:

Post a Comment