nuffnang adds

Monday, 1 June 2015

Hidup Seorang Haifa-Part 6

Assalamualaikum!

Woaaaah alhamdulillah sangat up till now,aku dah berjaya habiskan exam sebanyak 7 papers,out of 11.fuuuuh rasa macam satu persatu beban diangkat dari bahu ini.Memetik kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna (biasanya aku sebut ISHAB.senang skeqq),tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa.yes,semakin usia meningkat ni semakin aku bersetuju dengan kata-kata tu.Masa yang Allah bekalkan pada setiap manusia atas muka bumi ni semuanya 24 jam,cuma bilangan tanggungjawab yang macam-macam-hal-lah tu yang ada banyak dan semakinnn banyak.Nak nak bila ada usrah,daurah etc yang perlu dihadiri.Memang kena bijak sangat susun masa.Antara study dengan dnt tak boleh pilih salah satu.Dua-dua tu priority.Mencabar ennn.Mujuq Allah ada.Allahul musta'an.Pheww.

Tapi bergantung jugak la pada orang sebenarnya.Ada orang yang kerja dia eh sikit nyew kerja awwa.Namun,ada juga orang yang begitu banyak sekali tugasannya yang tahap eh-sudah-sudah-lah-tu-awaknya.Dua-dua tu normal dan biasa kita dengar en.tapi ada lagi satu golongan yang lagi biasa kita dengar (dan lalui ponn) tau,yakni golongan yang kerjanya banyak bangat ah tapi dia berjaya membuatkan ianya nampak sikit.Golongan apa tu kau rasa?Di bawah golongan ni aku aku cerakinkan pula kepada dua.Fulamak cerakin cerakin pulak:


1)Kerja Banyak Tapi Nampak Sikit:Work Smart.

Kerja ada banyak,tapi dia ni nampak lek lek cool je.Tapi outcome dia baik punya.Kerja siap,stress pun sifar.Sebab apa tuan-tuan?Sebab teknik yang digunakan adalah tepat;Prioritizing the priorities.Kerja memang banyak bro abadan abada tak kan habis,bahkan makin bertambah.tapi tak mustahil untuk kita kurangkan bilangan kerja-kerja tu dengan cara menyettlekannya satu persatu.kau paham tak ni?kalau tak paham baca lagi skali.tak mungkinlaaa kita mampu nak siapkan semuanya sekaligus.So kita sort la kerja-kerja mengikut dateline.Mana yang kena hantar/siap lebih awal kita siapkan dulu.

2)Kerja Banyak Tapi Nampak Sikit:Procrastination.

Golongan yang ni mesti kau dah masak sangat kan sebab kau lah salah seorang daripadanya.haha.dak aihh.hang baik.Golongan suka buat kerja bertangguh ni sama ada dia beriang ria dahulu kemudian semua kerja yang dilonggokkan nak disiapkan pada satu tarikh ni.Contohnya sebenarnya si Abu ni ada masa 5 hari untuk siapkan 3 tugasan besar.So 3 hari yang pertama dia dah allocate untuk marathon movies dan benda-benda lain.2 hari yang berbaki tu baru nak pulun pastu kerja tak siap sebab tak sempat.Padahal sempat je 5 hari tu.Ataupun,kerja-kerja yang best je kasi settle dulu.Kerja yang payah masuk dalam waiting list.Haa ini parah juga sebab apa?Mereka inilah yang tertipu sebenarnya.Rasa macam kerja dah siap and tinggal sikitttt jew lagi nak siap.Yang tinggal sikit yang dalam waiting list tu yang susah sikit tu lah yang tergendala sampai ke sudah.Katanya nantilah dulu,dan lagi ni insyaAllah Allah pasti bantu hambaNya yang lemah.Banyak laa hang.Kalau tak usaha macam mana Allah nak tolong.


(Aku tuju pada diri sendiri sebenarnya ni dan benar,aku terasa sendiri haha.)

So moralnya hang dah tau.Tak perlu lagi aku ulas panjang-panjang ye.

Ok dah macam pakar motivasi.Pakar motivasi untuk diri sendiri cukup laaa,gituh.

Oh ya itu hari kan aku teringin sangat tau nak makan goreng pisang wiwiwi dapnyee.Maklumlah,makin hari makin kuat teringat kat rumah.Family aku biasanya memang akan makan goreng pisang petang-petang.Kat Mesir ni mana aku nak cari weyy goreng pisang. :') Biasanya pukul 3 atau 4 petang aku dah memecut ke seksyen 4 (Bangi semestinya) untuk beli goreng pisang.

So here's the result:

 

Taraaaaa.Menggiurkan bukan?Motif ada notes dan pen kat belakang tu penting tau.Kau ingat aku suka-suka buat susun atur begitu?Itu semata-mata untuk mengukuhkan bukti bahawa memang aku yang goreng tau haha berlagaknya.Dekat Mesir ni pisang is everywhere so senang nak beli.Pastu mujur ada tepung lebih hari tu so cukup lah nak buat goreng pisang.But still rasa dia tak boleh beat rasa seksyen 4 tu punya.Ala nak beat pun buat apa kan bukannya nak bukak gerai.uhuk.


Pada petang hari aku goreng pisang tu,Kak Khaulah pun datang hantar Urwah suruh aku babysit jap sebab dia ada hal.Memandangkan aku ni suka obses budak,so happy la kennn!Sebelum digorengnya pisang itu,aku goreng dulu budak gebu ni.Kak Khaulah ni fresh graduate Dentistry Univ Al-Azhar.Senior aku la kiranya.Maklumat tambahan,Urwah ni dilahirkan lepas kak Khaulah grad.So memandangkan kak Khaulah nak kena balik daftar untuk kerja,maka hari pisang itu digoreng merupakan hari terakhir aku dapat main ngan Urwah. :(  Urwah ni je la the only ikhwah yang aku berani nak dekati lantas menegurnya.Yang lain aku tak buat ceni tau lol.

 

Biasanya budak-budak akan aku gomol dengan teruknya hanya apabila their parents are not around.Eleh korang pun kan.Berani nak buat ceni depan mak ayah dia haha.Wassalam.

p/s:doakan aku ahad ni paper Physiology fuh scary sehh!

No comments:

Post a Comment