Hari ni Syawal ke 5.Dah 5 hari Ramadhan pergi.Hopefully Allah menerima segala amalan kita dan kita terus bersemangat untuk kekalkan momentum beramal!Hah lama
Hari tu aku borak dengan adik girl aku,Cik Pah.Borak2 berkenaan perihal raya amboih ayat.Adik aku ada kata macam ni,"Akak perasan tak,setiap tahun orang tanya,meriah tak raya tahun ni?Pastu jawapan pulak sama je.Tak semeriah tahun lepas.Padahal tiap2 tahun kalau orang tanya memang itu je jawapannya;tak semeriah tahun lepas."
Maknanya apa.Raya tak pernah meriah pun haha.
Tapi bila kita kata meriah,benda ni subjektif tau.Lain orang lain penghayatan rasa meriah tu.Macam adik girl aku dia rasa raya tahun ni tak meriah sebab baju raya dia tahun ni tak sebanyak yang tahun lepas haha.So benda tu effect kemeriahan dia.Macam aku sendiri tahun ni rasa tak semeriah tahun lepas sebab tahun ni tak keluar beraya ke mana pun.Cuti raya pendek kan sebab adik2 punya sekolah bukak awal pulak hesh.Geram aku dengan pihak sekolah cewah.Jadi singkat je cuti raya so tak sempat nak ke mana pun.Tapi alhamdulillah still ada kampung yang indah permai,masih berpeluang untuk bajet-bajet merasa tertekan dek kerana jam kereta yang melampau.
Adik2 boy aku pula rasa tak meriah sebab tahun ni diaorang exam UPSR dan SPM so sad haha.
Tapi apa pun aku suka juga la beberapa tradisi melayu berkaitan dengan raya walaupun benda tu mitos
Walaubagaimanapun adat berziarah saudara mara dan rakan taulan sewaktu hari raya memang tak dapat nak cover dalam masa satu hari.Ramai kan...Aku suka budaya ni sebab ia merupakan satu budaya yang sangat baik.Masa raya lah boleh ambil peluang untuk duduk-duduk dengan sedara semua sambil study susur galur keturunan kan.Lepas sembang2 tu baru tau rupanya jiran lorong belakang kat taman perumahan kau sebenarnya dua pupu kepada pak cik kau sebelah bapa.Possible je kan untuk reconnect mana2 connection yang agak2 kabur tu hehe.Lepas tu time raya lah yang biasanya naluri akan tergerak untuk nak cari semula kawan2 yang dah lost contact.
Maklumlah dalam masa setahun macam2 boleh jadi.Tukar phone sploh kali,sim card jatuh dalam longkang dan pelbagai lagi kes yang tak dapat nak dinyatakan.Yang si kawan pula terasa hati sebab dah lama tak dihubungi.(Dia pulak tak menghubungi kenapa kehkeh)Dia tak tau yang kawannya tu ada masalah seperti yang di atas.Nak jumpa masing2 sibuk pastu memendam lah rasa sorang2.Bila raya tiba,baru lah berjumpa dan dijelaskan hal yang sebenar.Settle.Haaa best kan gitu?
Kadang2 kita tak boleh terlalu melampau sangat sampai semua benda nak dibida'ahkannya.Semua benda tak boleh.Benda ni nabi tak buat,benda tu tak ada dalam hadis etc.Kalau perkara2 yang baik dan bermanfaat walaupun tak digariskan secara khusus dalam Islam tak salah pun untuk kita buat,selagi mana kita tau membezakan antara yang sunnah dan yang adat dan hukum hakam.
Sebagai contoh,mengadakan open house pada raya ke 16 walaupun kau tahu raya patutnya sehari je.Jangan lah diserang pulak tuan rumah sebab tak ada hadis yang mention pasal wujudnya raya ke 16.Niat tuan rumah tu dah murni dah.Buat open house untuk bersilaturrahim,jamu orang makan.Kan banyak pahala tu.Yang datang open house boleh niat ziarah,yang buat open house boleh niat sedeqah.Think positive,mungkin masa raya ke 16 je yang dia free kan?Adat yang baik kalau diniatkan kerana Allah akan jadi ibadat insyaAllah. :)
So let us be smart.Tak rugi buat benda baik.Jangan disempitkan skop kebaikan kepada apa yang dinyatakan dalam skema jawapan kertas PSI atau PQS je.Syadid melulu boleh membawa maut kalau kau nak tau sebab kau stress melampau memikirkan macam mana cara nak menyelamatkan ummah untuk membendung semua ni haha.Wassalam.
Taqabbalallahuminna waminkum.
Minta maaf salah silap.
Salam Aidilfitri.
Lek lek je ok? :)
No comments:
Post a Comment