Alhamdulillah hari ni dah masuk ramadhan yang ke 3,menandakan sudah 3 hari aku berada dekat Malaysia.It's such a blessing to wake up in the morning and your mom is there!awww.Rindu weyh dekat family.Rindu Bandar Baru Bangi yang dah mula sesak terutama sekali area seksyen 7 yang asyik jam tu,rindu rumah,rindu bilik aku yang temanya kelabu dan putih(serius sampai hari ni aku tak paham kena aku pilih kombinasi tu.kini timbul pula rasa penyesalan.rasa sendu je bilik ni huh -,-),rindu dapur umi yang peralatan memasaknya serba lengkap dan lebih terkini cewah(haha.oven rumah sewa kat mesir tu kena cucuh api.sungguh tradisional bukan?) Seronok jugak masa sampai2 je kat KLIA abah aku kata,"Alhamdulillah,lengkap dah family abah sekarang."
So untuk ramadhan kali ni,aku meletakkan beberapa aim dan target.semestinya yang aku mampu buat dan logik untuk dicapai.Honestly setiap ramadhan yang dilalui tu ada maknanya yang tersendiri.Dia macam bertema pulak.Untuk aku la untuk orang lain aku tak sure hihi.
Kalau before this mungkinlah fokus aku lebih kepada menambah amal yang kuantitinya banyak betul.Tapi aku rasa teknik tu tak kena dengan aku sebab aku tak mampu nak istiqamah dengan amalan yang begitu banyok itu.Dia cuma akan jadi amal ramadhan je,bukan amal yang nak diamalkan terus sebab cuma masa bulan ramadhan je semua tu mampu di accomplished.Jadi setelah berbincang dengan diri sendiri dan aku pun consider tahap kemampuan diri yang terbatas ni,fokus aku mungkin bertukar skit tahun ni.
Aku meletakkan sasaran bahawa ramadhan akan menjadi turning point untuk tambah amal yang bilangannya logik untuk aku teruskan walaupun ramadhan dah berakhir,(wajib bertambah berbanding bulan sebelum2 ni)dan tinggalkan one by one habit2 aku yang tak senonoh itu.Dengan cara ni aku rasa aku tak lah terlalu mendesak diri untuk capai piawaian yang mengarut!Bila letak benchmark tinggi sangat,takut tak tercapai.Lepas tu mula lah buat sambil lewa pastu tak buat langsung dah.Na'uzubillah.
Tema ramadhan aku kali ni simple jeh,istiqamah.Istiqamah dengan kuantiti baru amal yang ditambah dan istiqamah meninggalkan akhlak buruk yang nak disingkirkan.Ye la improvement dari segi kuantiti amal tu memang perlu,tapi kalau dah naik kereta dari gear satu terus masuk ke gear lima tak ke
Ramadhan kali ni jugak aku nak ambil peluang untuk hidupkan semula sense2 aku yang mungkin dah berkurangan atau hilang terus.Sense of humour je kena kurangkan lol.Nak banyakkan membantu orang,nak murahkan senyuman,(dekat lelaki khususnya.ala tipu je kau nihh)dan banyak lagi lah.Tapi yang paling utama sekali,nak kurangkan bilangan orang yang aku tak suka.Tak nak mudah rasa tak suka dekat orang.Eleh kau pun mesti ada kan orang yang tak digemari yang rasa nausea bila bertemu?ceh over.
Ye la tak syok kan bila dalam hidup kita ni ada golongan kiri dan kanan.Kan tak baik tu bila ada orang yang kita tak suka.Bahaya sebenarnya bila mudah ada rasa tak suka pada orang.Hati ada sakit maa.Dosa!Sebenarnya bila kita tak suka seseorang,mesti sebab kita tak suka something yang dia buat kat kita kan/ada habit dia yang kita tak gemar which is itu adalah kelemahan dia.Kita tak suka seseorang sebab kita terta'aruf dengan kelemahan dia dulu,baru dengan kebaikan dia.Sebab tu susah nak terima.Sobs.Cuba kalau kita kenal seseorang dengan kebaikan dia dulu.Bila tau kelemahan dia kita mesti cam alaaa manusia kan ada kelemahan.boleh je terima kan?
Tapi kalau kita kenal kelemahan dia baru kebaikan dia,terus tak boleh terima apa pun benda baik yang dia buat kan.Ish jahatnya.Macam dah baik sangat je diri itu.Tak pe,improve improve.Yang penting sebenarnya bukanlah isu kenal baik dulu ke kenal buruk dulu ke,tapi sejauh mana kita boleh menerima seseorang tu seadanya.Tak perlu nak expect power2 sangat dari orang dan jangan terlalu mudah menilai orang seolah-olah kita ini tak ada langsung kelemahan.Kita sendiri ada kelemahan yang mungkin orang tak suka,jangan lupa tu!Kita pun tau kan fitrah manusia tu ada kelemahan dan kelebihan.So raikanlah diversity tu!Saling bekerjasama untuk overcome dan improve kekurangan masing2.Itulah namanya ta'awanu alal birri wattaqwa.Bantu membantu ke arah perkara kebajikan dan taqwa.
Ruang untuk improve diri tu sentiasa ada.Kalau tak ambil peluang tu,memang sampai bila-bila la melekat perangai yang tak baik kan.Kadang2 tu kita stay dengan perangai buruk kita sebab kita tak perasan yang kita ada perangai buruk tu atau kita tak perasan yang,''Oh itu perangai buruk rupanya."So mintak la tolong sesapa untuk jadi cermin kita.Kalau kita salah ada orang boleh tolong tegur.Bila kita dah sedar,then move!
Minta maaf salah silap.Ikhlas ni.(hoi ikhlas kan tak boleh declare)Kosong-kosong! *wink2.
Forever an improving person,
Haifa Khalysaa.
Bangi,Mesia.
No comments:
Post a Comment