Assalamualaikum.
"Sesungguhnya medan berbicara itu tidak semudah medan berkhayal.Medan berbuat tidak semudah medan berbicara.Medan jihad yang benar,tidak semudah medan jihad yang keliru.Terkadang sebahagian besar orang mudah berangan-angan,namun tidak semua angan-angan yang berada dalam benak mampu diucapkan dengan lisan.Betapa banyak orang yang dapat berbicara,namun sedikit sekali yang sanggup bekerja dengan bersungguh-sungguh.Dan dari yang sedikit itu banyak yang sanggup berbuat namun jarang yang mampu menghadapi rintangan-rintangan yang berat dalam berjihad.." -As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.
Untuk menjadi yang sedikit itu,you'll never ever able to bear it alone.Sangat diperlukan sebenarnya orang lain untuk bersama kita and you know why.Manusia biasa sangat memerlukan sokongan.
Semestinya untuk tergolong dalam golongan yang eksklusif dan dimuliakan Tuhan itu,proses 'bleaching' hati akan terus menerus berjalan kerana Dia hendak memastikan tentera-tentera yang bekerja untukNya hanya terdiri daripada orang yang khalis hatinya.Ikhlas.Matlamatnya tidak dicemari dengan apa-apa yang selain daripada Allah.Sebagai seorang yang beriman dan mengimani apa yang kita lakukan ini,sangka baik pada Allah itu wajib ada dalam hati kita.Ujian yang Tuhan hantar adalah untuk menguji sejauh mana iman kita membenarkan apa yang sering kita ucapkan.Mudah untuk kita luncurkan kata-kata.Maka Tuhan uji,dan jika benar maka layaklah kita untuk mendapat ganjaran.But still,bukan kerana hendakkan ganjaran kita bekerja.
Cinta kita pada Allah belum benar-benar ikhlas jika setiap kali kita diuji,timbul tanggapan bahawa adakah Tuhan sedang menapis kita?Sebagaimana yang diperkatakan oleh seorang ukhti kepada saya,siapa kita nak menentukan seseorang itu sudah ditapis Tuhan?Sedangkan keputusan / hasil tapisan itu hanya akan diketahui pada hari akhirat nanti.Takut-takut yang disangka tertapis,sebenarnya yang itulah Tuhan lindung di akhirat,yang disangka terlindung rupa-rupanya itulah yang tertapis.Nauzubillahi min zalik.Matematika manusia tak sama dengan matematika Tuhan.
I was asked by one of my ukhti,
"Haifa,bagi awak apa maksud qawiy?"
To me,kalau dalam kehidupan biasa qawiy itu ialah bilamana kita redha dan ikhlas terhadap apa sahaja ketentuan yang Allah tetapkan untuk kita.Tanpa banyak soal,tanpa ada pertikaian,kita terima.Kalau dari sudut tarbiyah pula,bila kita mampu kawal state hati kita.Tak terusik dengan apa-apa yang menaikkan kita di mata manusia mahupun yang menjatuhkan kerana semua dikembalikan kepadaNya.Aman bersama Tuhan.
Kalau mengikut definisi Tuhan,qawiy ialah yang paling bertaqwa di sisiNya,sudah tentulah hanya Dia yang lebih tahu siapa yang bertaqwa itu.Manakala mengikut definisi manusia,qawiy ialah apabila seseorang itu sudah berada di mustawa (level) yang tinggi,yang bahan bacaannya begitu banyak sekali,mampu berkata-kata dihadapan khalayak dengan lancar,dan lain-lain lagi.Ianya subjektif,tapi masih juga Tuhan yang memegang definisi yang paling tepat.
Dalam gerak kerja kita ini,cukuplah Tuhan sahaja yang menjadi penilai.Kerana yang maha adil terhadap segala perkara hanyalah Dia,yang mampu mengadili sebaiknya tanpa pernah tertinggal walau sedikit pun mana-mana bahagian untuk diadili.Ilmu kita terbatas,pengetahuan kita terbatas.Penilai yang paling tidak adil adalah manusia itu sendiri,kerana kita buta pada beberapa sudut,kita tidak mampu untuk menyeluruh dalam semua aspek.Sengaja Tuhan membataskan supaya manusia tahu segala-galanya hanya berada di bawah penguasaanNya yang mutlak walau setinggi mana pun kedudukan kita.
Qawiykah kita,tak qawiykah kita semoga itu hanya menjadi bayu yang meniup dan berlalu pergi.Mari kita pelihara kesucian perjuangan mulia yang telah dikerjakan oleh para Nabi dan sahabat-sahabatnya dengan menyediakan hati yang paling suci dan redha,kemudian bekerja sebagaimana mereka.Ketepikan pandangan manusia.1% sama sekali tidak dihiraukan Tuhan.Kita sangat bodoh jika ada hasrat untuk menjadi 'someone' di mata manusia.Jika kita mempunyai cita-cita untuk menjadi tokoh di medan ini,maka Allah sendiri yang akan mematahkan hasrat itu.
Oh ya,ujian itu kan umpama bleach.Bleach sifatnya acidic,corrosive,Pedih,koyak,rabak.Tapi kesannya benar-benar memutihkan.InsyaAllah yakin saja bleaching daripada Tuhan itu adalah untuk menjadikan the new you.Ini adalah satu peluang untuk mendapat hati yang suci kembali!Semoga kita semua mampu bertahan sedikit sahaja lagi untuk menempatkan diri kita dalam golongan mereka yang sama-sama berada di jalan ini di akhirat nanti insyaAllah.wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment