Sekarang pukul 11.29 malam and yes,aku sangat mengantuk sekarang ni.
Taraaaa!Inilah dia ais krim pak cik Turki yang aku pernah cerita sebelum ni.Ais krim yang menjadi pujaan hatiku.Ais krim ok bukan pak cik tu.kamon la..Sebab winter dah pun melabuhkan tirainya,pak cik tu pun dah start balik operasi pengaiskriman ini yeayy aku is so happy!barulah betul bila aku lalu je depan kedai tu dah boleh singgah sat untuk beli ais krim ni.harga dia 3 le tau,yakni RM1.50 lebih kurang.banyak kot dia bubuh!
Kat gambar nampak je kecik sebab tu ilusi optik semata.di alam nyata banyak haa penuh secawan tu puas hati aku makan.memang tak nak la kan aku share dengan orang haha.dia tengok hari jugak biasanya everyday dia akan tukar flavour.macam hari ni strawberry,esok apple pula,lusa mango dan ya begitulah juga dengan perisa lain.wuuu dap dap!aku kurang gemar skit yang perisa strawberry sebab rasa dia macam ubat demam.tapi yang hari ni punya alhamdulillah rasa strawberry yang authentic!tipu je.masih guna flavour tapi better la daripada yang ubat demam tu.panjang juga ya aku cerita pasal ais krim ni aje.nak kata pentingnya peranan ais krim ni dalam hidup aku sekarang.berapa minit dah agak-agak kau spend untuk baca sampai sini?tak pe tak nak baca ada butang x kat atas tu.boleh tekan apaaa.kikiki.
Hari ni nasib aku agak malang kurang bernasib baik ya teman-teman.kerana apa?haa kau bayangkan tengahari tadi masa dalam kelas,saat usai aku menunaikan sembahyang zohor,aku kira iman aku agak stabil ketika itu.tiba2 lecturer masuk dan bagitau yang esok ada test Operational Dentistry.semua orang macam,haaaaa dukturah?biar benar??!dia kata,"Haah,esok kamu semua akan ada test.jangan tanya saya apa-apa saya tak tau.yang pasti kamu baca je semua.ok?terima kasih."
Lepas tu dia keluar.aku rasa macam ya rabbiii dugaan apakah yang menimpa aku ni.bergoncang terus iman di dada.dah la iman senipis kulit bawang je. T__T pastu esok ada test Dental Material (which is every week pun subjek ni wajib ada test) tapi tak pe la sebab lecturer dah inform awal-awal.ini memang surprise laa haha aku memang suka pun surprise-surprise ni weyh :')
So aku tak ada pilihan la terus cari seladang merah ni.sebenarnya nak beli minuman bercaffeine di dalam tin tapi aku tak boleh minum caffein.nanti diserang migrain pula. :'( terpaksa juga la beli dan gogok air ni tak nak bagi mengantuk.tapi rasa dia wekkk.tak kena dengan lidah asia aku nih.tak pe lah demi untuk stay up aku gagahkan jua.(sambil nangis aku minum.again aku tipu je)
So this is my current view.tapi sebab aku tengah menaip so kau imagine je la aku tindih sat buku tu dengan laptop aku.ok cawan nescafe tu aku boleh jelaskan.itu kan cawan free je ala kau ni,masa zaman tak boikot dulu hahaha.namun begitu itu bukan cawan aku pun.aku pinjam je.yang dalam plastik belah kiri depan tepawer hijau tu ada kek pisang.kak jat bagi.thank you kak jat!!muah.kak jat ni housemate aku.dia jual kek pisang dia yang maha feymes eymes ni,sedap gila subhanallah!dengan lembutnya,wanginya.umphhh!dia baru je grad ritu,menghitung hari je nak balik mesia sobs.tapi dia nak wariskan aku perniagaan kek pisang dia miahahaha jadi lepas ni nama kek pisang tu tak jadi kek pisang kak jat dah.tapi kek pisang Kekfa.(tak baiknya awak cakap bunyi dia macam kekwat :'( )
Yang pasu putih tu kak bella bagi,dia bagi hadiah.dulu aku pergi jalan-jalan dengan dia kat Ikea egypt,bukan damansara laa.masa aku round ikea tu,aku ternampak pasu tu.aku ambik la belek-belek lantas berkata,''eiii comelnya pasu ni nak beli lah." sekali tengok harga terus berubah emosi dan dialog aku,"Cis tak guna.benda macam ni je tapi harga mengarut!"terus aku lempar pasu tu.semua arab pandang aku.ceh tipu je.aku cuma cakap "eh mahalnya.tak pe lah lain kali lah beli" so aku pun letak balik.bila balik rumah,lepas aku labuhkan punggung di atas kerusi,kak bella masuk bilik and cakap,"Haifa nah ni untuk awak!" Aku terkebil-kebil masa tu.haha dramanya.tak de la terkebil sangat tapi terharu laa.thank you kak bella.semoga lepas ni boleh bagi benda lain pulak ya. :'D
Ok kembali ke alam nyata.aku kena habiskan jugak baca Operative Dentistry ni dan habiskan juga redbull yang tak sedap ni.wassalam...
No comments:
Post a Comment