nuffnang adds

Sunday, 22 February 2015

Hidup seorang Haifa -,- :Part 1

Assalamualaikum.
Tak ada apa pun yang menarik nak diceritakan tentang life aku.kehkeh.Yang ada hanyalah lambakan kerja yang semakin hari semakin menimbun dan syaitan pula semakin hari semakin giat menghasut aku supaya tangguhkan semua tu ya rabb moga diampunilah dosa dosa ini eh kenapa tak ada tanda noktah ni.Sekarang ni suhu Egypt masih sejuk lagi,which isn’t normal.biasanya dah tak berapa sejuk dah time-time macam ni sebab nak masuk spring (lol spring sangattt) tapi tu lah masih juga sejuk.satu berita buruk la untuk penggemar iklim khatulistiwa macam aku. :(
Berita buruk tu macam sadis sangat pulak bunyinya.bukanlah aku tak meredhai ketentuan ilahi,cuma kelemahan aku adalah suhu yang rendah.(siapa pulak la yang suhu rendah tu menjadi satu kekuatan)tapi serius,aku lebih mudah sakit time-time sejuk ni.Patutlah sudah tertulis di suratan takdir aku tak belajar di negara omputih yang dilitupi seleji.but hey,aku tak cakap saje-saje ni.sebab aku dah rasa sendiri macam mana berada di negara omputih itu dan ternyata hipotesis ke atas diri aku memang benar.sungguh aku tak tahan dan tak bisa survive.
Suhu rendah itu kelemahan aku.
I got excited saat salju-salju putih mula turun dari langit.oh girangnya masa tu woi! (ni masa kat UK)maklumlah selaku rakyat mesia yang tak pernah tengok salji betul-betul secara life haruslah excited.girang la kejap 2 3 minit pastu tangan dan kaki dah mula numbness,dengan otak pula dah mula brainfreeze ya Allah terus aku berlari-lari anak masuk dalam rumah..tak tahannn!tapi satu experience yang menarik la walaubagaimanapun.hihi.
Nanti aku tulis dalam post berasingan pulak pasal percutian aku ke yeroppa tempoh hari,ya?
Aku biasanya suka beli soft ice cream pak cik Turki yang meniaga dekat dengan rumah aku ni.tapi sebab musim winter dia tak bukak pula.masa awal-awal winter tu dia meniaga lagi.patutnya dia bukak je everyday sebab aku pasti beli punya.dia tak tahu ke yang aku ni antara faktor kepada kekukuhan ekonomi dia?dah la sedap,murah pulak tu.aku kalau dah suka sangat aku pedulikan aje suhu yang sejuk sangat tu.huuu bila dah jadi kebiasaan kau pulang dari sekolah (sejak duduk egypt ni aku tak panggil pun pergi kuliah ke kelas ke.sekolah sounds cute dan menggamit memori gitu. :’)  ) dan beli eskem dan tiba-tiba nikmat tu ditarik sekejap.oh pedihnya ulu hati..
(dapatkan gaviscon)
Sekarang ni ais krim dan kek dah menjadi obsession baru aku.sebelum ni aku obses coklat je.mungkin sebab aku dah jarang makan coklat kot sekarang so perut merintih supaya digantikan dengan sejenis obsesi yang baru.ceh.dah tak boleh makan coklat sebanyak dulu dah sebab kalau tak kena migrain. :'(
Baiklah sekian sahaja untuk kisah hidup aku yang 
black and white 
 bewarna-warni ini.Nanti sambung lain pulak.jangan tertunggu-tunggu pulak.nanti aku rasa bersalah.wassalam.

No comments:

Post a Comment