Kita lari skit daripada kebiasaan,tiada kata alu-aluan sebagai post pertama ok kerana ini bukanlah blog aku yang pertama pon.haha.Untuk post pertama ni aku cuma nak share random things berkenaan dengan Mesir supaya kalian boleh dapat la serba sedikit gambaran tentang kesengsaraan aku di sini ya.haha memain jehhh.sengsara apa ha aku bahagia ni.So here we go!
1)
Tanggungjawab.
Cuba teka kat mana ni?Ya..Kalau hang dapat jawab dengan tepat sekalipun aku tak mampu dengar pun jadi biarlah aku tulis terus tanpa perlu berpura-pura nak tanya banyak-banyak pula.Ini merupakan "Sorofah" ataupun tempat money changer.Cool kan pak cik ni?Ini memang scene biasa tau kalau kat Egypt.Diaorang solat dekat mana-mana je,tak ada rasa hesitate pun dengan pandangan mahupun tohmahan insani.eceh.ini kira ok lagi.tak cukup rare.yang lagi power aku pernah nampak,ada orang solat atas divider!aku respect sungguh bab ni.tak ada alasan untuk tak menunaikan solat.Ianya wajib.kalau tak solat,sengsaralah dikau di akhirat sana.
2)
City Star Shopping Mall.
Despite of kadar kemiskinan yang agak tinggi di Mesir ni,tahukah anda ada satu shopping mall yang cukup mewah di area Kaherah ni.Aku ada sebut mewah tadi kan?I really mean it.saja aku tak bubuh gambar yang lebih jelas kemewahannya.cukuplah terhalang dengan aku dan housemate masa first year dulu.frankly,first time aku sampai City Star ni (a.k.a CS among students kat sini) aku rasa sebak sangat.sebab bila melangkah je masuk,dia seolah-olah macam kau masuk ke dalam negara lain tau.semua orang yang ada kat dalam tu orang kaya-kaya.sedangkan dekat luar tu bersepah orang-orang miskin yang minta sedekah.tak faham jugak macam mana diaorang boleh tergamak spend banyak-banyak untuk build shopping mall mewah tu instead of bantu rakyat dia yang miskin.well,this is world..
3)
Carefour.
Aku harap betul la spelling tu haha sebab dah lama tak pergi.so lupa. :') Berita baik la untuk siapa-siapa yang rasa macam tak boleh hidup tanpa Carefour,insyaAllah kau masih boleh survive hidup dekat Mesir ni.Nampak kan gambar tu,tak ada banyak beza pun dengan Carefour Malaysia.Yang beza hanyalah cashiernya arab dan juga ada beberapa barang tambahan yang made from Egypt.
4)
Bahriya Oasis.
Maafkanlah kepala aku yang terlentok tu.Bahriya ni merupakan padang pasir yang ada 7 jenis padang pasir yang berbeza.Apa yang bezanya?kau datanglah sendiri ya takkan semua perkara aku harus ceritakan di sini.Ini salah satu daripada padangnya.Tempat aku berdiri tu dikatakan pada beberapa ratus ke ribu entah tahun dahulu merupakan laut dalaaam kau tau tak.batu yang ada kat belakang tu kira macam batu karang di dasar lautan ha centu.rasa kerdil sangat masa berdiri kat situ sebab ada banyak lagi batu-batu lain dekat sekeliling tu yang ya Allah ya Tuhanku besarnya..
Aku (yang berkaca hitam) bersama Kak Effah (juga yang berkaca hitam.haha) berdiri dekat jenis padang pasir yang lain pulak,
Batu ni semulajadi macam tu tau bentuk dia.bentuk ayam kan macam?haha apa nih kedudukan subjek dan predikat dah berterabur.masa aku tangkap gambar ni dulu aku ingat habis cantikla buh jari centu.bila tengok balik buruk nyew.
5)

Pantai Alexandria.
Alexandria ni merupakan salah satu negeri yang ada dalam negara Mesir.Alexandria ni memang port favourite aku la untuk relaxkan muscle dan juga minda la of course.cantik sangat-sangat pantai dia tau.biasanya aku pergi Alexandria naik train,3 jam dari Cairo.disebabkan aku sangat suka pantai-pantai ni kan,jadi rasa best dia tu tak mampu digambarkan dengan kata-kata tau.orang yang tak suka pantai pun jadi suka.
6)
Ikea.
Yeahh.inilah dia Ikea yang ku cintai.(lah sangat)Port yang cukup digemari oleh student Malaysia sebab kadang-kadang kalau homesick ke apa kan boleh la datang sini makan meatball sambil fenfeeling kunyah meatball di Ikea Damansara.
7)
TT_TT
Ini pun merupakan scene yang sangat biasa di Egypt.sebak tengok adik-adik ni kecik-kecik dah struggle cari rezeki.aku dimaklumkan oleh senior kat sini,Egypt ni yang kaya kaya sangat.yang miskin miskin sangat.biasanya budak-budak yang pergi sekolah hanyalah yang betul-betul berduit je.siapa yang tak ada duit memang tak dapat ke sekolah.kesian kan?cukup menginsafkan.T_T
8)
Pasar Hussein.
Haha pasar Hussein ni memang favourite place untuk students perempuan yang aku yakinlah bukan cuma budak Malaysia je.biasanya pasar ni kitaorang (eceh kitaorang,ke aku je ntah) akan pergi before balik bercuti ke mesia,untuk membeli ole-ole buat insan-insan tersayang.murah woo harga dia.kalau aku pergi sini biasanya atas tujuan bisnes.haha.namun maaflah,aku takkan revealkan macam mana yang dikatakan murah sangat harga tu.nanti kau kira pulak berapa komisen yang aku dapat ingat aku tak tau?eh suuzhon pulak.hihi maaflah.
9)
Piramid.
Aku tak ada benda sangat pun nak cerita pasal piramid ni.nothing to be proud of pun sebab Firaun yang buat kan.buat apa nak woah woah berbangga dengan tinggalan orang yang dilaknat Allah sedangkan tinggalan insan yang paling mulia (quran,warisan Rasulullah s.a.w) kau tak heran pon?mesej yang aku nak sampaikan sebenarnya,misal la kata kau datang Mesir tapi tak pergi piramid sebab tak sempat ke apa kan,kau tak perlu rasa ralat pun.dah la tiket masuk mahal puihh.(eh astaghfirullah.akhlak mana akhlak)
10)
Makanan Malaysia.
Haa bila bercakap pasal ni aku cukup suka.sebab apa,Mesir ni memang terkenal sebagai syurga makanan.bukan makanan deme je,makanan mesia pun!senang sungguh nak dapat I tell you.cakap je,kau teringin nak makan nasi kerabu ke,roti canai telur ke,apa apa lah yang kau rasa macam mustahil nak dapat sebenarnya senang je!bahan masakan seperti serai,halia dan lain lain pun senang je nak beli sebab ada kedai runcit melayu kat sini.tapi kau jangan la pulak expect harga dia standard pasar tani tuh.barang2 tu semua naik flight ok!kau ada?
11)
Boling.
Untuk penggemar boling macam aku ni,masa awal-awal nak datang mesir dulu timbul juga rasa resah di hati sebab mesti dah tak dapat main boling dah.ye lah dekat mesia tempat main boling tu tepi rumah je so selalu la dapat main.namun aku silap!ternyata ada pusat boling dekat sini haaa bestnyaa.bolehlah aku teruskan kegiatan membaling bola boling tu sambil membayangkan wajah-wajah yang aku benci dekat pin tu.pasti jatuh bertaburan semuanya.tipu je.tak baik benci-benci orang ni sebenarnya haha.cepat istighfar sratos kali.
p/s:kau orang jangan nak macam-macam ya.aku kurus sebenarnya.tu pakai baju berlapis-lapis sebab main masa winter.sejuk dia huilaaa.
oklah.sekian dahulu eceh skema ngat.nantikan post2 yang lebih bermanfaat daripada aku k supaya mengalir saham-saham akhirat aku.wassalam.












No 9 paling win! Setuju sangat.
ReplyDeleteTempat lain tu macam kayo sgt je. Dah 5 kali pegi mesir pun tak tahu yg CS tu wujud.
Balik m'sia tgk budak2 m'sia pgi CS bru thu. :D
Nak tnya mcmmne bahgikan masa study dentist + tulis blog?
hai awak!tak prasan pun ada komen.kehkeh.dasyatnye 5 kali dah pergi mesir o_o
Deletehaha soalan tu..kt xde specific time pun bila nak tulis.bila2 ada masa free yg btul2 xde hal baru kt tulis sbb biasanya nak tulis satu post pun at least sejam ohh.nak proofread tulisan sendiri dulu takut kalau salah tulis nanti digam masyarakat pula :')
Tak ni ke subscribe bila ade komen je masuk kat emel terus senang gituu.
Delete